Wednesday, December 24, 2008

Tanjung Pinang





Tanjung Pinang
Farah Izzati Binti Abdullah Thani


ISNIN 20 SEPTEMBER 2007
Tepat 5.30 pagi aku telah terjaga dari lena. "Tanjung Pinang", itulah perkataan pertama yang muncuk dalam kotak fikiranku sejak semalam. Aku tidak dapat tidur dengan lena disebabkan asyik memikirkan tentang tempat yang akan kulawati selama tiga hari dua malam bermula pada hari ini. Pelbagai [ersoalan dan imaginasi yang muncul. Aku segera bersiap-siap. Mungkin pada waktu ini bas dari Sekolah Menengah Sains Muar sudah bertolak ke Johor Bahru. Aku tidak mengikut rombongan dari sana kerana tempat tinggalku sememangnya di Johor bahru meskipun sebenarnya agak jauh dari pelabuhan tempat kami akan bertolak iaitu di Pelabuhan Stulang Laut. Pada pukul 7.00 pai aku menaiki bas dari pekan Gelang Patah menuju ke Stesen Bas Larkin. Perjalanan dalam bas tersebut memang membosanan ditambah pula dengan kehadiran dua warga orang warga asing yang duduk berhampiranku menghalang laluan penumpang bas yang ingin masuk ke dalam perut bas. Beberapa kali aku menggeleng-gelengkan kepada melihat gelagat mereka yang tidak tahu berbudi bahasa di rantau orang. Gelagat mereka membuatkan aku terfikir bagaimana pula kelakuanku di Indonesia nanti.

Setelah aku sampai di Stesen Bas Larkin, perjalanan kedua menaiki teksi pula bermula. Aku bersyukur kerana ditemani oleh ibu dan adikku. Aku tidak dapat membayangkan keadaanku seperti rusa masuk kampung sekiranya aku terpaksa pergi ke Pelabuhan Stulang Laut sendirian. Meskipun aku tinggal di Johor Bahru aku memang kurang arif tentang selok-belok jalan di sini kerana sesekali sahaja aku keluar bersama-sama keluarga ke daerah metropolitan ini. Setelah sampai di Pelabuhan Stulang Laut, aku terpaksa menunggu ketibaan bas dan van yang membawa guru-guru dan rakan-rakanku yang terut terlibat dengan program pengantarabangsaan ini. Seramai 22 orang guru berserta keluarga mereka, 8 orang pelajar yang mewakili kumpulan zapin, 15 orang pelajar yang mewakili kumpulan nasyid dan tiga orang rakanku yang bersama-samaku sebagai penantun sekolah, Atika, Nadhirah dan Aliya. Mengikut perancangan yang ditetapkan bas dijadualkan sampai pada pukul 9.30 pagi. Namun aku tetap sabar menunggu mereka meskipun shingga satu jam menebalkan muka membawa tiga buah beg menghadap orang yang lalu-lalang di hadapan kompleks beli-belah di situ. Aku duduk bersama-sama ibuku di sebuah bar yang kusangkakan cafe di situ. Aku baru menyedarinya setelah melihat banyak mata yang memandang pelik ke arah kami. Namun, oleh sebab keletihan aku sekadar buat tidak endah kerana aku sekadar menumpang duduk sahaja di situ. Tidak lama kemudian seseorang menyapaku. Aku terkejut apabila orang tersebut ialah guru kelasku sendiri iaitu Cikgu Zainudin.

Pada pukul 10.30 pagi kelibat bas Sekolah Menengah Sains Muar sudah muncul. Aku segera masuk ke dalam kompleks beli-belah tersebut untuk menemui rombongan tersebut. Setelah melalui proses pemeriksaan pihak imigresen, feri yang kami naiki iaitu Bintan Ekspress berlepas dari Pelabuhan Stulang Laut menuju ke Tanjung Pinang, Indonesia tepat jam 11.05 pagi. Apa yang paling merisaukanku pada waktu itu ialah kalau-kalau ada antara kami yang mabuk laut. Alhamdulillah, pada pukul 2.00 petang kami selamat sampai dt Tanjung Pinang, Indonesia. Perasaan gembira tergambar pada wajah kami. Bayu dari laut menyapa kami sewaktu tiba di jeti Tanjung Pinang. Kemudian, kami dibawa ke Hotel Tanjung Pinang dengan menaiki sebuah kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van dari luar tetapi keadaan di dalam seperti sebuah bas mini. Apabila kami sampai di hotel tersebut, aktiviti pertamka kami ialah menjamu selera memenuhkan perit yang sudah berkeroncong sejak tengah hari tadi. Kemudian, kami dibawa pula menuju ke Sekolah Menengah Atas Negeri 2, Tanjung Pinang, tempat program pengantarabangsan akan dilaksanakan.

Perjalanan dari hotel ke sekolah tersebut aku rasakan lama sekali. Dalam keadaan yang bersesak-sesak di dalam kenderaan tersebut membuatkan kepalaku berasa agak sakit. Namun, sesekali telingaku menangkap perbualan antara Cikgu Zainudin dengan pemancu pelancong kami iaitu Encik Sulaiman. Terhibur juga dmendengar bahasa Indonesia yang dituturkan oleh beliau yang adakalanya diselitkan dengan bahasa Malaysia dalam pertuturannya agar mudah untuk kami memahaminya. Apabila kami sampai di sekolah tersebut kami disambut dengan paluan kompang dan bacaan selawat oleh para pelajar perempuan sekolah tersebut yang majoritinya berskirt dan tidak bertudung. Aku ketawa apabila mendengar komen berunsur jenaka daripada Ustazah Faezah tentang senario tersebut.

Kemudian, rombongan kami dijemput masuk ke dalam sebuah bilik untuk diberikan taklimat tentang program yang akan kami lalui sepanjang kami berada di sini. Di situ, kami diberikan ucapan selamat datang oleh pengetua sekolah tersebut atau dipanggil ' kepala sekolah' di sana dan kami turut diperkenalkan dengan ketua pelajar serta ketua badan kerohanian sekolah tersebut. Syahdu jiwa kami sewaktu ketu badan kerohanian tersebut membacakan doa seolah-olah sedang merintih-rintih. Kami juga diberikan sedikit jamuan ringan sebelum kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Malangnya, pelajar yang sepatutnya menjadi keluarga angkatku terlibat dengan kemalangan dan tinggalllah aku dengan Aliya terkontang-kanting seketika sebelum salah seorang pelajar iaitu Azilah mengambil kami berdua untuk tinggal di rumahnya.
Selain daripada kami berdua, terdapat empat orang lagi pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Muar yang akan tinggal di rumahnya. Perasaanku pada waktu itu sukar untuk digambarkan, risau dan cemas bercampur-baur tetapi apakan daya sudah menumpang di rantau orang, aku pasrah sahaja. Untuk sampai ke rumah Azilah, kami menaiki sebuah kenderaan seperti van yang digelar 'angkut-angkut'. Pertama kali menaiki kenderaan tersebut yang sepanjang masa pintunya tidak tertutup membuatkan aku takut. Sewaktu pemandunya membrekkan kenderaanya secara tiba-tiba kerana tersilap jalan aku telah menjerit sekuat hati. Perasaan malu pada waktu itu memang tidak terucap. Aku tidak tahu di mana hendak menyirikkan muka pada waktu itu. Rumah Azukah sememangnya besar dan selesa serta kami diberikan bilik masing-masing; pelajar lelaki di bilik abang Azilah dan kami berdua tinggal di bilik tidurnya. Perkara yang memang tidak dilupakan sewaktu berada di rumah Azilah ialah pertanyaan Azilah sama ada aku turut tidur dengan memakai tudung atau dipanggil 'jilbab' oleh orang di sana kerana aku memang tidak pernah meninggalkan tudung meskipun berada di dalam bilik kerana kehadiran pelajar lelaki di rumahnya.
Pada malam itu, Azilah telah mengajak kami berenam untuk makan di medan selera Melayu Square. Azilah turut mengajak dua orang rakannya iaitu Echa dan Amalya untuk menemaki aku dan Aliya. Kami menaiki angkut-angkut sekali lagi memandangkan tiada sesiapa yang dapat menghantar kami kerana kedua-dua ibu bapa Azliah bertugas di Lingga. Azilah tinggal berdikari bersama adik lelakinya di rumah besar mereka. Di medan selera Melayu Square, kami bereenam ditemukan sekali lagi dengan pelajar-pelajar lain dari SAMURA berserta dengan para pelajar SMA Negeri 2 yang menjadi keluarga angkat mereka. Kesemua pelajar SMAN2 aku lihat bersungguh-sungguh memberikan layanan terbaik kepada kami sebagai tetamu mereka. Meskipun kami semua belum saling mengenali, mereka melayan kami seolah-olah kami merupakan sahabat baik mereka yang perlu diberikan layanan yang sewajarnya. Pada mulanya, aku sangkakan kami perlu membayar sendiri makanan kami, rupa-rupanya mereka telah merancang untuk mengumpul duit sesama mereka sebagai bayaran kepada semua makanan kami pada malam tersebut.
Di Tanjung Pinang, Indonesia pelbagai makanan pelik yang memang tidak akan dapat didadapti di Malaysia ada dihidangkan, Pempek, tekuran, gado-gado, gonggong dan pacal lele merupakan antara sajian yang dihidangkan kepada kami pada malam tersebut. Setelah melihat rakan-rakan yang lain makan masakan Indonesia yang disajikan, aku cuba merasa makan 'gongging' yang merupakan siput laut yang telah direbus. Kami perlu mengeluarkan siput tersebut daripada cengkerangnya dan membuang hujungnya sebelum dicecah dengan sambal. Setelah puas menjamu selera, kami dibawa berjalan-jalan di tepi laut. Panorama tepi laut yang disajikan amat menenangkan. Azilah mengatakan bahawa tempat ini sama dengan Teluk Danga di Johor Bahru. Bagiku mesikun Tuk Fanga di Johor Bahru itu cantik, samun sudah terusik keasliannya kerana lautnya telah ditambak bagi memberi laluan kepada kemajuan di situ sedangkan di Tanjung Pinang keasliannya masih terpelihara. dari sana , aku dapat melihat Pulau Penyengat yang bakal kami lawati pada esok hari. Tidak lama selepas itu, kami semua pulang ke destinasi masing-masing. Aku tertidur kepenatan setelah puas memikirkan apakah yang bakal menanti kami pada esok hari...
SELASA 21 SEPTEMBER 2007
Setelah mendengar azam dari surau berdekatan, aku terbangun dari tidur. Keletihan semalam masih terasa namun aku gagahkan juga diri untuk bangkit. Pada pukul 7.50 pagi setelah bersarapan dengan makanan yang dibeli oleh Azilah di luar, angkut-angkut telah tiba untuk membawa kami ke Bintan Mall untuk acara pawai sempena Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-62 pada 17 Ogos yang lalu. Pada mulanya, aku sangkakan kami para pelajar SAMURA sekadar melihat perarakan yang akan melalui tempat tersebut, rupa-rupanya kami juga telah diminta untuk berarak dengan membawa 'banner' yang tertera nama sekolah kami, Sekolah Menengah Sains Muar. Pada mulanya perarakan ini dijangkakan bermula pada jam 10.00 pagi, namun setelah satu jam berhujan dan berpanas di tempat yang sama barisan kami tetapi tidak menunjukkan tanda akan bergerak. Adakalanya aku sudah rasa ingin mengalah ditambah pula dengan rasa lapar yang mencucuk-cucuk. Penantian kamu yang lama ini diisi dengan acara bergambar bersama-sama pelajar-pelajar Indonesia berkali-kali. Mungkin disebabkan aku bukan jenis orang yang suka bergambar lama kelamaan aku rasa rimas dan bosan, namun setiap ajakan untuk bergambar oleh orang di sana kuterima dengan baik kerana bagiku tidak wajar menunjukkan sikap mementingkan diri sekiranya aku menolak permintaan mereka.
Pada pukul 12.00 tengah hari, barulah barisan kami bergerak. Perjalanan yang kami tempuhi amat lama ditambah pula dengan suasana yang sudah terik pada waktu tengah hari tersebut. Aku sekadar merungut-rungut di dalam hati. Dalam perjalanan kami, adakalanya pengacara dari SMAN2 memperkenalkan kami kepada warga Tanjung Pinang. Jikalau tidak silap, kami telah diperkenalkan sebnyak tiga kali sepanjang perjalanan tersebut sehingga ada suatu ketika sebahagian pelajar SAMURA meminta agar kami tidak diperkenalkan lagi kerana kami berasa segan diperkenalkan dengan cara begitu. Perarakan kami berakhir di rumah wali kota. Keadaan di situ amat sesak dengan manusia sehingga aku, Atika, Aliya dan Nadirah terpaksa memegang tangan beberapa orang pelajar perempuan SMAN2 untuk keluar dari kesesakan tersebut menuju ke tempat yang lebih lapang. Pada waktu itu, aku berasa amat penat setelah terpaksa berjalan begitu jauh di tengah kesesakan manusia pertama kali sepanjang hidupku.
Kemudian kami dibawa untuk makan tengah hari di Restoran Ayam Goreng 88 yang berdekatan dengan Hotel Tanjung Pinang tempat guru-guru SM Sains Muar menginap. Sekali lagi kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sana. Bukan itu sahjaa, setelah kami sampai di sana kami terpaksa pula menunggu lama sehingga sempat aku melelapkan mata seketika. Kemudian setelah menjamu selera sekali lagi kami perlu berjalan kaki menuju ke jeti Tanjung Pinang untuk menaiki bot ke Pulau Penyengat. Perasaan lelah, epnat dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur-baur dalam hatiku sehingga ada suatu ketika apa yang muncuk dalam fikiranku adalah uanya untuk menghabiskan aktiviti pada hari itu secepat mungkin. Kami menaiki bot ke Pulau Penyengat yang terletak tidak jauh dari Tanjung Pinang. Kocakan air sewaktu bot meredah laut amat menarik perhatianku.
Di Pulau penyengat, kami telah melawat banyak tempat yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Antaranya, Masjid Kuning Pulau Penyengat merupakan sebuah bangunan yang bahan binaannya terdiri dripada putih telur. Kami telah menunaikan silat jamak dan qasar di rumah Allah tersebut. Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang melawat makam Engku Puteri yang merupakan penaung kepada Pulau Penyengat itu suatu ketika dulu. Di dalam makam baginda, telah diukir kesemua gurindam yang mempunyai 12 fasal karya Raja Ali Haji. Aku sempat melihat 3 daripada 12 fasal gurindam yang ada di situ. Kami juga turut melawat kubur-kubur lama, tapak istana dan kubu-kubu lama sebelum mengambil gambar beramai-ramai di tangga Masjid Kuning Pulau Penyengat sebelum pulang semula ke Tanjung Pinang. Kami sampai di jeti Tanjung Pinang pada pukul 6.30 petang.
Pada malam tersebut, semua pelajar Sekolah Menengah Sains Muar telah dibawa ke Gedung Aishah sebuah dewan orang ramai yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai. Di sini....

Monday, December 8, 2008

Kasih Illahi



Kasih Illahi

Norain Jamaludin



Aku merenung jauh ke dusun halaman kampungku.
Cantik dan harmoni. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menyapa pipiku.
Aku seronok melihat anak-anakku bersama bapanya bergurau-gurau sambil mengait dan mengutip rambutan. Inilah satu kitaran hidupan yang kunikmati sekarang. Sesekali aku terkenang zaman remajaku. Segala kepahitan hidup aku harungi bersama keluargaku. Segala pahit rintangan yang mendatang ku tempuh dengan penuh kesabaran. Dahulu, ketika aku menginjak remaja, pelbagai dugaan dan cabaran pernah kualami.
Sebagai anak sulung, aku terpaksa mengorbankan masaku untuk bekerja dan pada yang sama aku masih bergelar pelajar tingkatan 5. Masih segar dalam ingatanku betapa susahnya seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menolong ibu bapanya menanggung keluarga seramai 6 orang. Bapaku hanya bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibuku hanya menjual kuih-muih dan nasi lemak setiap pagi. Dan aku, bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di salah sebuah resort percutian berdekatan dengan rumahku pada sebelah petang.
Mujurlah pengurus resort tersebut memberiku peluang bekerja dengannya setelah aku merayu-rayu kepadanya. Aku tidak malu berterus-terang kepada guruku bahawa aku bekerja pada setipa petang sedangkan pada masa yang sama aku perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaranku. Ramai juga guru menasihatiku untuk berhenti bekerja. Tidak! Aku tidak akan berhenti bekerja. Walau susah bagaimanapun, aku perlu terus berusaha menolong ibuku. Aku bersyukur walaupun aku sibuk dengan pelajaranku, namun pelajaranku tidak pernah terjejas. Aku bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi aku hanya mengamalkan prinsip memberi perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar.
”Pelik! Mengapa orang ramai berkumpul di halaman rumahku?” Aku bermonolog sendirian. Aku melihat ibuku terduduk di anjung rumah dengan satu tangisan yang sukar untuk aku tafsirkan. Aku terpinga-pinga.
“Apa yang sudah terjadi?” Kemudian, pandanganku tertumpu kepada sekujur tubuh terbaring kaku di satu sudut rumah. Aku melihat adik-adikku yang lain sedang membaca Al-Quran.
“Siapa mayat itu?”
“Tidak! Itu bukan ayahku.”
“Tidak! Tidak!” Perlahan-lahan aku menghampiri tubuh yang terbujur kaku itu. Aku menyelak kain batik lepas yang menyelubungi dirinya.
”Ya Allah! Bapak!” Aku terduduk dan menangis diselangi dengan sedu-sedu kesedihan. Jika kawanku mengakhiri peperiksaan SPM dengan perasaan puas dan gembira, tetapi aku tidak. Aku akhiri peperiksaan SPM ku dengan perasaan yang amat sedih. Bapaku meninggal dunia akibat kemalangan.
”Bagaimana dengan adik-adikku?” Aku hampir berputus asa untuk menghadapi dugaan ini. Tetapi, hidup harus diteruskan. Aku tetap terus berusaha menolong ibuku mencari duit. Selepas itu, aku bekerja sepenuhnya di resort percutian tersebut. Adik-beradikku yang lain juga turut sama bekerja. Angah dan alang bekerja di pusat kraftangan. Manakala achik pula bekerja sementara sebagai mekanik dan dua orang adikku yang lain menolong ibuku menjual kuih setiap pagi ketika cuti sekolah. Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan SPM.
Masing-masing beratur menunggu giliran. Kini, tiba giliranku. Aku bersalam dengan guruku dengan penuh debaran di dada. Cikguku itu tersenyum penuh makna. Syukur Alhamdulillah, aku Berjaya mendapat 10 A1 dan aku dianugerahkan sebagai pelajar terbaik di sekolah tersebut. Alangkah gembiranya aku pada ketika itu. Aku menyampaikan cerita gembira ini kepada ibuku. Ibuku memeluk dan menciumku dengan penuh syahdu. Lantas, aku rebah dalam pelukan ibuku dengan tangisan gembira. Seterusnya, aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang pengurusan perniagaan.
Pada mulanya aku ingin menolak tawaran tersebut tetapi di tegah oleh ibuku. Ibu memujukku agar ambil peluang untuk melanjutkan pelajaran. Aku diberi tajaan sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat. Alangkah bertuahnya ibu aku ketika itu. Semasa aku menjalani persediaan selama 2 tahun, berkat usaha ibu dan adik-adikku yang lain, ibu Berjaya membina sebuah kedai makan. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada ibu tunggal, ibu memanfaatkan segala peluang yang ada. Jadi, aku tidak risau untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku pulang ke Malaysia selepas 3 tahun aku merantau di tempat orang. Aku berjaya membawa pulang segulung ijazah ke pangkuan ibuku.
Perniagaan ibu pula betambah maju. Rezeki melimpah ruah. Inilah kuasa Tuhan yang maha kuasa terhadap hambanya yang dikasihi. Tetapi itu kisah 10 tahun lepas. Kini, aku tidak susah seperti dulu. Ibu tidak lagi menjalankan perniagaan. Ibuku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah. Aku serta suamiku membawa ibu dan adik-adikku yang lain mengerjakan umrah. Menziarahi Mekah merupakan pengalaman yang tidak pernah kulupakan. Adik beradikku yang lain turut berjaya.
Angah kini bekerja sebagai penolong eksekutif di sebuah syarikat swasta. Alang pula sebagai pensyarah dan abang sebagai jurutera. Dua adik-adikku yang lain masih menuntut di universiti. Dan, aku pula menjalani hidup baru dengan keluarga bahagia yang kubina sendiri bersama suamiku, Fahmi. Aku bekerja sebagai akauntan di syarikat suamiku di samping menjadi ibu kepada dua orang anakku. Namia dan Fizan. Aku bertekad untuk mendidik anak-anakku supaya sanggup mengharungi dugaan hidup dengan tabah. Akanku bentuk anak-anakku agar menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.









Air Mata Jernih



Air mata Jernih
Mohd Hafiz

Termenung. Seperti biasa, petang-petang, Anis duduk seorang di beranda rumah. Bermenung. Entah apa yang dimenungkannya.

“Anis, mari minum sekali. Susah-sudahlah tu.” Teriak ibu Anis.
“Kejap.” Balas Anis manja.
“Apa yang kau fikirkan tu?” Tanya ayah Anis. Yang sudah menunggu di meja makan.
“Masa depan agaknya, entah gelap, entah cerah.” Keluh Anis. Tersentak perasaan ayah Anis. Berkerut wajahnya. Ibu Anis faham benar perasaan suaminya. Tangan suaminya yang kasar digenggam.


“Eemm, tak mengapalah, lepas makan nanti, mandi ye. Lepas tu pergi mengaji.” Terang Amin, ayah Anis mengubah topik.


Malam itu, Amin dan Tijah duduk bersama menghabiskan malam tua. Kedua-dua mereka berbincang tentang anak mereka. Cukup bingung kepala mereka. Mana hendak dicekau duit sebanyak RM 20, 000.
“Anis selalu tanya, bila nak ubatkan mata dia.” Mula Tijah. Kopi panas yang baru dibancuh dituang perlahan. Amin hanya mampu mendengus.
“Entahlah, bukan saya tak sayang dekat anak tunggal kita tu. Tapi, saya ni. Hmm...tengoklah, kerja tukang kayu, harta pun tak ada. Mana nak cari duit. Merompak? Nak mengemis?” kesal Amin. Isterinya hanya memandang. Apa nak dibalasnya kalau itu jawapan suaminya.
*****
Subuh-subuh lagi Anis sudah siap. Bersemangat betul gadis ini. Walaupun baru berusia 12 tahun, dari cara dia mengemas diri, jelas menunjukkan kematangannya.
“Dah siap, dah sarapan ke belum?” Tanya Amin kepada anak gadisnya itu. Anis yang lagi tadi duduk di meja makan membisu saja. Tiba-tiba dia tersentak dengan pertanyaan ayahnya.
“Dah ayah.” Jawab Anis pantas.
“Jom ayah hantar ke sekolah.” Amin megajak anaknya. Sampai di depan sekolah, Amin berpesan.
“Belajar rajin-rajin. Biar pandai dan boleh ubah keluarga. Biarlah apa orang kata. Ingat, Anis ada ayah dan ibu. Paling penting, ada Tuhan.” Ringkas sahaja tetapi mendalam maksudnya.
Hati Anis tersentuh. Anis memulakan langkah dengan penuh bersemangat selepas mengucuk tangan ayahnya.
“Apalah budak-budak tu nak ejekkan aku hari ini?” getus hati Anis. Anis gagahkan juga, setiap hari ada sahaja mata yang memandangnya. Pelik benarkah dia? Dia Cuma seorang gadis yang cacat sedikit matanya. Namun itulah bahan gelak pelajar lain di sekolah. Anis sudah biasa.
“Satu, dua, tiga.” Terdengar suara pelajar lelaki sebaik sahaja Anis sampai.
“Wah, jin mata satu dah sampai. Lari, lari. Nanti kena makan.” Kemudian mereka ketawa terbahak-bahak.
Kadang-kala Anis sedih, hatinya menangis. Bukan itu sahaja gelaran yang diberikan kepadanya, ada juga yang mengejeknya makhluk asing, bahkan dajal pun ada. Kalau diikutkan hatinya hendak sahaja diganyang-ganyang pelajar lelaki itu. Tetapi dia haru sabar. Dulu memang Anis emosi, tidak mahu ke sekolah. Dia tak tahan, putus asa. Tapi sekarang dia dah faham. Manusia memang selalu jatuh-menjatuhkan. Yang sudah tergolek ditinggalkan sahaja. Dia belajar dari pengalaman. Ibu bapa juga banyka membantu selain daripada guru-guru.
“Anis, memang baik. Dia bagus, rajin, dan bersemangat. Tetapi dia diam sahaja.” Puji Cikgu Aminah semasa majlis perjumpaan guru dengan ibu bapa.
Amin senyum bangga. Guru-guru memang sayangkan Anis. Lebih-lebih lagi Cikgu Aminah. Bahkan dia guru yang mula-mula tahu Anis perlukan wang yang banyak untuk pembedahan membuang ketumbuhan di mata kiri Anis. Dia membantu dengan bersungguh-sungguh. Dia telah jalankan tabung sumbangan, dapatkan derma, malah juga sanggup menggunakan duit sendiri untuk membantu Anis. Habis waktu persekolahan Anis pulang seorang diri berjalan kaki. Memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah. Kudrat mudanya dipacu, melangkah tapak demi tapak. Tiba-tiba dia didatangi oleh pelajar lelaki berbasikal. Mereka datang mengacau.
“Budak cacat, mata sepet.” “Budak cacat, jin mata satu.” Tidak cukup dengan itu, salah seorang dari mereka menolak Anis sekuat hati. Entah apa yang digeramkannya.


bersambung.....

HUMAIRAH



HUMAIRAH
Amirah Azhar


Humairah bangun awal hari itu. Jarang sekali dia bangun seawal itu. Masakan tidak, hari ini dia bakal menjejakkan kaki ke sekolah baru. Setelah bersiap dan berpuas hati dengan penampilannya di cermin, dia bergegas turun ke bawah.

“ Selamat pagi, mama. Selamat pagi, abah,”
“ Selamat pagi, sayang. Awal bangun hari ini? Amboi, bersemangat nak ke sekolah nampak? Kalau tak, mama nak kejut punyalah payah,”

“ Baguslah anak abah ni bersemangat. Buatnya dia tak nak pergi sekolah, lagi parah.”
“ Betul cakap abah tu, mama. Mama, mama masak apa harini? Bau macam best je?”
“ Ala..mama masak biasa je, nasi goreng cina kegemaran anak mama ni la.”
“Wah, macam ni la baru Ira sayang mama…hehe..” Humairah memang begitu. Tidak sah kalau tidak dapat mengusik mamanya. Encik Hamid hanya menggeleng kepala melihat perlakuan dua beranak itu. Namun, di dalam hatinya dia bersyukur kerana kehadiran Humairah telah membawa sinar kegembiraan kepada keluarga itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Baiklah murid-murid, sekarang saya hendak memperkenalkan pelajar baru dari Kuala Lumpur. Mulai hari ini, dia akan menjadi sebahagian daripada murid kelas ini dan saya hendak kamu layan dia dengan baik, faham murid-murid?” tanya Cikgu Iman.
“Faham cikgu!!” balas murid-murid tingkatan 3 Mujahid.
“Baiklah, sekarang saya hendak kamu memperkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan sekelas,” ujar Cikgu yang tinggi lampai dan berkulit hitam manis itu.
“ Ehemm..” Humairah berdehem kecil..Dia rasa seperti ada sesuatu tersekat di kerongkongnya.
“Relax Ira. Benda kecil je,” bisik suara hatinya. Humairah menarik nafas dalam sebelum membuka mulutnya.
“Sa..saya Humairah binti Hamid. Kamu semua boleh panggil saya Ira. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di sana. Ayah saya diminta untuk berkhidmat di Pahang. Jadi, kami sekeluarga perlu berhijrah ke sini. Saya masih baru di sini. Harapnya kamu semua boleh beri tunjuk ajar. Terima kasih,” ujar Humairah panjang lebar.
‘Fuh, lega…’bisik Humairah.“ Baiklah Humairah, kamu akan duduk di sebelah Maisarah memandangkan tempat di sebelahnya masih kosong.”
“Terima kasih, cikgu” balas Humairah penuh sopan. Sememangnya dia telah diajar untuk menghormati guru kerana gurulah orang yang mencurahkan ilmu kepadanya dan tentu sekali telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa. Hatta para cendekiawan Islam sendiri sangat menghormati guru mereka. Teringat Humairah dengan kisah yang diceritakan oleh ustazahnya dahulu bahawa Imam Shafie sanggup menjinjing kasutnya ketika gurunya sedang mengajar agar gurunya tidak terganggu dengan derap langkahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di sekolah, Humairah bersahabat baik dengan Maisarah. Mereka bagaikan belangkas. Pergi ke mana sahaja pasti bersama. Mungkin kerana persamaan yang wujud pada diri mereka. Sekali imbas, rupa mereka hampir serupa. Yang membezakan mereka ialah kulit Maisarah lebih gelap manakala terdapat tahi lalat di bawah bibir Humairah. Perangai mereka juga hampir sama, kedua-duanya sama rajin dan tinggi budi pekerti. Mereka gemar membantu guru mengangkat buku dan peralatan mengajar daripada kereta ke bilik guru. Oleh itu, mereka amat disenangi oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mulia. Suatu hari, Maisarah kelihatan murung. Dia tidak banyak bercakap. Hatta semasa belajar pun dia bagaikan berada di tempat lain. Sering termenung dan kerap kali ditegur oleh guru hampir setiap mata pelajaran.

“Minta maaf cikgu.” Itu sahaja yang mampu terlahir dari bibir Maisarah. Rakan-rakan sekelasnya turut runsing dan bimbang memikirkan rakan mereka. Pelajar sekolah itu telah dididik agar menganggap rakan sekelas seperti keluarga sendiri. Mereka mula mengesan kelainan pada Maisarah apabila dia langsung tidak mengangkat tangan untuk mengutarakan soalan. Selalunya, suara Maisarah dan Humairahlah yang menceriakan suasana belajar dengan keletah mereka berdua. Humairah bertambah bimbang apabila Maisarah hanya membatukan diri.

“ Mai, kenapa ni? Kau tak sihat ke? Demam ye?” ujar Humairah sambil tangannya menyentuh dahi Maisarah.
‘Tak panas pun. Habis, kenapa pula dia macam ni? Selalunya okey je. Ish, risau pula aku,’ kata Humairah dalam hati.
“ Mai, kau cakaplah dengan aku. Tak baik tau kau buat aku macam ni. Aku ni kan kawan kau. Aku bukan setakat kawan yang boleh dibawa ketawa je tau, aku pun nak juga jadi kawan yang turut merasa kesedihan kawannya. Kau dah banyak tolong aku masa aku mula-mula masuk sini. Masa dia orang ejek aku budak bandar, siapa yang tolong aku? Kau juga kan? Aku janji aku akan cuba tolong kau, okey?” pujuk Humairah lembut.

Dia tahu rakannya itu mempunyai masalah yang maha berat tetapi tetap mahu berdiri sendiri.Dalam diam, dia kagum dengan sikap Maisarah. Maisarah sebak. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan rakan sebaik Humairah. Dia masih ragu-ragu, perlukah dia menceritakan hal yang sebenarnya? Dia tau Humairah anak orang berada tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan atas rakannya. Rakan itu terlalu baik dan telah banyak menolongnya. Memang benar dia ada melindungi Humairah apabila dia dicemuh sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini, tapi apalah jasanya jika hendak dibandingkan dengan Humairah yang telah banyak menolongnya dalam pelajaran dan sering membelanjanya sewaktu dia mengikat perut kerana ingin berjimat cermat.

Akhirnya, Maisarah mengambil keputusan untuk membuka rahsianya apabila melihat Humairah yang tidak berputus asa memujuknya.

“I..Ibu a..aku sakit…Dulu sakitnya boleh dikawal lagi, ibu hanya makan ubat yang dibuat sendiri dengan ulam-ulam yang Mai cari dekat hutan. Tapi baru-baru ni, dia selalu batuk. Kadang-kadang teruk sangat. Semalam, dia batuk lagi tapi kali ini ada darah.Aku…aku takut sangat. Aku nak kirimkan surat pada abang aku yang tengah belajar di UIA tapi ibu aku halang. Dia tak nak abang risau. Aku…aku takut, Ira.Aku takut…” jelas Maisarah dengan panjang lebar sambil air matanya tidak henti-henti menuruni pipinya.
“ Mai, kau sabarlah banyak-banyak ye? Nanti, waktu balik sekolah kau bawa aku jumpa ibu kau, boleh? Aku nak jumpa dia,” kata Humairah. Maisarah hanya mengangguk kelesuan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Ibu, Mai bawa kawan, ibu. Dia kawan sekelas Mai,”ujar Maisarah sambil menyalami tangan ibunya.
“ Iya? Bawalah dia masuk ke mari,” kata ibunya sambil terbatuk kecil.

Humairah meneliti sekeliling rumah itu. Tidak ada apa-apa yang istimewa. Hanya perabot usang dan tikar mengkuang yang sudah uzur menghiasi rumah kecil itu. Walaupun begitu, keaadannya kemas dan bersih.Humairah ternampak ada cahaya-cahaya halus di lantai. Dia mendongak ke atas. Dilihatnya terdapat lubang-lubang kecil di zink itu. Humairah berasa serba salah. Dia tidak pernah tahu bahawa Maisarah hidup dalam kedaifan. Maisarah tidak pernah membuka mulut. Humairah sendiri pun tidak pernah terfikir untuk bertanya dengan lebih lanjut setelah Maisarah enggan bercerita panjang tentang keluarganya. Patutlah rakannya itu selalu mengelak apabila dia ingin mengadakan study group di rumah Miasarah. Alasannya, di sekolah lebih selesa kerana wujud persekitaran belajar.

“Ira, jemputlah masuk.” Humairah tersentak apabila namanya dipanggil.
“Hah? O..okey.” balas Humairah sambil menghayunkan langkahnya menuju ke bilik ibu Maisarah.
“Assalamualaikum mak cik. Saya Humairah.” Humairah memperkenalkan diri sambil menyalami tangan yang sudah uzur itu. Puan Balqis sedikit tersentak apabila mendengar nama itu. Ditelitinya segenap wajah Humairah yang ayu itu dan diusapnya lembut. Naluri keibuannya membenarkan firasatnya. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi. Tanpa disedari, air matanya jatuh ke pipi.Humairah berasa hairan. Maisarah juga turut merasakan yang sama.

“Mak cik, kenapa mak cik menangis? Mak cik tak suka ke saya datang ke sini?” Humairah bertambah serba salah apabila melihat ibu Maisarah menangis.
“Ish, tak adalah. Ni ha, habuk masuk mata mak cik,” bohong Puan Hayati. Masakan dia akan memberitahu perkara yang sebenarnya. Tiba-tiba Humairah teringat akan janjinya dengan mamanya. Dia melihat jam di tangan. Dia sudah terlambat lima minit. Pasti mamanya akan marah.
“Mai, aku kena pergi dululah. Aku terlupa aku dah janji dengan mama aku nak temankan dia pergi beli barang harini. Mak cik, saya pergi dulu ya. Nanti kalau ada masa insyaAllah saya jenguk makcik lagi,” kata Maisarah lalu segera bergegas untuk pulang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Mama, Ira minta maaf. Tadi Ira pergi rumah kawan Ira. Mak dia sakit. Jadi, Ira terlupa Ira dah janji dengan mama. Mama maafkan Ira okey? Ira janji tak buat lagi,” pujuk Ira manja. Puan Ros tidak jadi untuk memarahi anaknya. Anaknya yang satu itu memang pandai memujuk, sama seperti suaminya. Bapak borek, anak rintik.

“Mama maafkan. Kita pergi esok jelah. Dah lambat dah ni. Lain kali jangan lambat lagi, okey? Ira, kenapa dengan ibu kawan Ira tu? Ira kata dia sakit.Sakit apa? Teruk ke?” tanya Puan Ros.
“ A’ah, mama. Kawan Ira tu nampak runsing sangat. Ira suruh dia cerita kat Ira. Dia cakap ibu dia sakit. Selalu batuk-batuk sampai keluar darah. Ira tak tau sakit apa. Dia orang miskin, mama. Tak ada duit nak ke klinik. Ira ingat Ira nak tolong dia. Kawan Ira tu dah banyak tolong Ira kat sekolah. Bolehkan, mama?” jelas Humairah..
“ Hurm, nanti mama tanya abah ye sayang? Kalau abah bagi malam ni juga kita bawa ibu kawan Ira tu ke klinik.” Puan Ros memberi kepastian. Humairah tersenyum mendengar jawapan mamanya. Dia tahu, mamanya jarang sekali mengampakan permintaannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Nasib baik kamu cepat membawanya ke klinik. Kalau dibiarkan melarat, penyakit ini boleh bertambah kronik dan peluang untuknya hidup amat tipis,” jelas Doktor Akmal.
“ Apa penyakitnya doktor? Boleh kami tahu?” tanya Puan Ros.
“ Saya minta maaf. Pesakit meminta saya untuk merahsiakannya,” jelas Doktor Akmal lagi. “ Doktor, boleh saya lawat ibu saya?” tanya Maisarah pula.
“Silakan. Tetapi jangan terlalu lama. Dia memerlukan rehat yang secukupnya.” nasihat doktor itu.
“ Ibu, ibu okey ke?” tanya Maisarah. Puan Balqis hanya mengangguk. Diciumnya dahi anaknya itu. Puan Balqis memandang pula kepada Puan Ros, Encik Hamid dan akhir sekali Humairah, wajah yang sangat dirinduinya buat sekian lama.
“Tuan, puan, saya minta maaf sangat-sangat kerana menyusahkan tuan sekeluarga. Saya juga nak berterima kasih kerana sanggup menghantar saya ke klinik dan membiayai kos rawatan saya. InsyaAllah, saya akan cuba membayarnya kembali.” beritahu Puan Balqis.
“ Ish, tak perlulah bertuan dan berpuan dengan kami. Saya Hamid, dan isteri saya, Ros. Lagipun memang sudah tanggungjawab kami untuk membantu orang yang memerlukan. Tidak perlulah Puan Balqis bayar semula. Anggaplah itu hanya pertolongan dari Tuhan.” jawab Encik Hamid merendah diri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Mai, macam mana dengan ibu kau? Dia dah okey ke?” tanya Humairah ingin tahu.
“ Alhamdulillah, dia dah hampir pulih sekarang. Ira, aku ucap terima kasih banyak-banyak kat kau dan ibu bapa kau. Aku tak tau macam mana nak balas jasa kau orang,” jawab Maisarah.

“ Ala, kan aku dah janji nak tolong kau. Lagipun apa gunanya kawan, betul tak?” balas Humairah sambil bibirnya mengukir senyuman menawan. Maisarah terus memeluk rakannya itu.
“ Kaulah sahabat aku dunia akhirat, Ira.” Humairah hanya mengangguk sambil membalas pelukan rakannya itu. Erat.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Perlukah aku membongkarkan segala-galanya? Setelah bertahun-tahun lamanya rahsia itu tersimpan rapi dalam memori hidupku?Tapi ia hak aku! Aku yang bertarung nyawa melahirkannya. Sudah lama aku mengimpikan saat ini. Saban hari aku berdoa agar dipertemukan dengannya dan Allah telah mengkabulkan doaku. Aku bersyukur padaMu ya Allah. Ya, aku perlu berterus terang secepat mungkin, sebelum dia hilang dariku buat selama-lamanya.

"Ya Allah, berilah kekuatan buat hambaMu ini,” bisik hati Puan Balqis.
“Mai, bila kawan Mai tu nak datang ke sini lagi?” tanya Puan Balqis sebelum Maisarah ke sekolah.
“ Entahlah ibu, tapi dia ada cakap dengan Mai dia nak lawat ibu. Nanti Mai cuba tanya dia, kalau dia tak keberatan, rasanya harini dia boleh datang jenguk ibu. Lagipun, harini kita orang tak ada kelas petang. Okeylah, Mai minta diri dulu ya, ibu?” jawab Maisarah sambil menyalami tangan ibunya.Di sekolah, Maisarah bertanya kepada Humairah, “Ira, kau jadi tak nak datang rumah aku harini?”
“Em, boleh juga. Lagipun, mama aku pun balik kerja petang. Jadi, aku rasa tak ada masalah la.”Jawapan Humairah itu membuatkan Maisarah tersenyum. Ibunya di rumah pasti gembira melihat kedatangan kawannya nanti.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Mama, Ira nak tanya sesuatu, boleh?” tanya Ira. Puan Ros menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya. Mata anaknya yang sembap itu memberitahu bahawa anak kesayangan itu sedang menanggung kesedihan. Sebagai ibu, dia tidak sampai hati untuk melihat walau sepalit kedukaan di wajah Humairah.

“ Boleh, Ira. Tanyalah mama apa-apa je. Sejak bila Ira nak kena minta kebenaran mama untuk bertanya? Bukan kena bayar pun,” usik Puan Ros untuk menceriakan Humairah. Namun begitu, tiada segaris senyuman pun yang dipamerkan Humairah.
“Mama, betul ke Ira hanya anak angkat Mama? Betul ke mama bukan ibu kandung Ira, yang bukan melahirkan Ira?” Pertanyaan Humairah itu bagaikan sembilu yang menusuk hati Puan Ros. Daripada mana anaknya itu mendapat berita itu. Dia pasti Humairah tidak akan berfikir sedalam itu. Dia masih tidak bersedia untuk jawapan itu. Tapi, perlukah dia berselindung lagi tatkala anak yang berada di hadapannya kini mendambakan pengertian dan kejujuran? Puan Ros bagaikan kelu untuk berkata-kata.
“ Da..daripada mana Humairah dengar ni? Mama tak pernah cakap pun.” Puan Ros gugup. Dia masih enggan menjelaskan segala-galanya.
“ Tapi ini apa, mama? Ira dapat ni daripada Puan Balqis sendiri. Dia dah simpan kertas ni selama lima belas tahun,” kata Humairah sambil mengunjukkan kertas yang sudah agak lusuh itu.Puan Ros terpana saat dia merenung surat beranak Humairah di tangannya. Selama ini rahsia itu tersimpan rapi kerana kebetulan nama ayah kandung Humairah dan Encik Hamid sama.Benar, bukan dia yang melahirkan Humairah. Namun, dia tidak tahu bahawa Puan Balqis yang merupakan ibu kandung anaknya. Dia bercadang untuk mengambil Humairah sewaktu pertama kali bertentang mata dengan sepasang mata kecil milik Humairah di rumah anak yatim kepunyaan Puan Nazlah.

Aduhai, bagaimana dia hendak menjelaskan segala-galanya. Dia sedar, bangkai gajah walau ditutup dengan selimut pun , akan ternampak jua.
“Kenapa ni?” tanya Encik Hamid ketika melangkah masuk ke ruang tamu banglo dua tingkat itu. Puan Ros meluru ke arahnya lalu membisikkan sesuatu dan menyerahkan sijil surat beranak Humairah ke tangan Encik Hamid.
“Sudah tiba masanya,” bisik suara hati Encik Hamid. Sambil menggenggam tangan isterinya, Encik Hamid menghayunkan langkah ke arah, Humairah.

“ Humairah, dengar sini apa yang abah nak cakap,” Encik Hamid mula bersuara. Humairah hanya menghadapkan muka ke arah abahnya.Namun, dia tidak sanggup untuk bertentang mata.
“ Ira, bukan niat kami hendak menipu kamu.Cuma, belum sampai masanya. Abah sendiri tak sangka Humairah tahu sendiri sebelum kami sendiri membuka mulut. Kami mengambil Ira daripada rumah anak yatim sewaktu Ira baru berusia sebulan lima hari. Humairah memang anak angkat kami tapi kami tidak tahu bahawa Puan Blaqis yang menjadi ibu kandung Ira. Walau macammanapun, kami sayang Ira. Sejak dari kecil lagi kami bela Ira bagai kami menatang minyak yang penuh. Ira tahukan semua tu? Kami beri didikan yang sempurna dan didikan agama yang secukupnya.” Melihat Humairah masih membisu, Encik Hamid menyambung lagi,

“ Abah dan mama tetap sayang Ira macam anak kami, sekarang terpulanglah pada Ira untuk buat keputusan.Ira dah besarkan? Dah boleh fakir yang mana baik dan yang mana buruk. Apapun, kami tetap menyokong segala keputusan Ira.”
“Mama, abah, Ira nak minta maaf ….kalau Ira ada sakitkan hati mama dan abah.” Ira mula bersuara.Langkah Encik Hamid dan Puan Ros terus kaku. Humairah tanpa segan silu meluru ke arah kedua-dua ibu-bapanya lalu memeluk mereka.
“Ira tak marah pun kat mama dan abah. Cuma Ira terkejut dengar berita tu.” Encik Hamid dan Puan Ros hanya tersenyum mendengar penjelasan anak mereka. Mereka tahu bahawa anaknya itu cukup matang dan bijak dalam membuat keputusan serta berhati lembut. Dalam diam, mereka bersyukur kerana dikurniakan anak yang solehah.

“ Tapikan mama, abah, Ira dah buat salah dengan ibu Ira. Masa ibu Ira beritahu semua tu, Ira macam tak percaya dan teruskan tinggalkan dia dan Mai macam tu je. Ira rasa bersalah sangat-sangat. Mesti dia orang ingat Ira benci dia orang,” jelas Humairah lagi setelah meleraikan pelukan.
“ Kalau macam tu, lepas solat Maghrib berjemaah nanti kita pergi sana, okey?”jawab Puan Ros. Dia tidak mahu memisahkan anak beranak. Seharusnya, dia perlu bersyukur kerana Allah telah meminjamkan anak yang baik kepadanya. Keputusan Humairah yang masih mahu memanggilnya mama walaupun telah mengetahui perkara sebenar sudah cukup besar erti buatnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“ Assalamualaikum.” Humairah, Encik Hamid dan Puan Ros serentak memberikan salam.
“ Waalaikumsalam,” jawab satu suara garau.
“Siapa tu bang?” tanya Maisarah sambil menjengukkan kepalanya ke luar.
“ Ira!” Maisarah terjerit kecil.Dia terus meluru keluar untuk memeluk Humairah. Mereka berpelukan untuk seketika. Maisarah sukar untuk percaya bahawa Humairah sanggup datang ke rumahnya padahal reaksi Humairah siang tadi seperti tidak akan menjejakkan kaki ke sini lagi walaupun dia sendiri terkejut mendengar pengakuan ibunya. Alhamdulillah, Tuhan telah mengkabulkan doanya.

“ Eh, pakcik, makcik jemputlah masuk. Yang ini abang saya. Dia baru balik dari UIA, cuti semester katanya. Jemputlah duduk dulu. Nanti saya hidangkan air,” pelawa Maisarah.
“Mai, siapa yang datang tu, nak?” tanya Puan Balqis sambil pergi ke ruang tamu. Sebelum sempat Maisarah menjawab, Humairah sudah terlebih dahulu mencium tangannya dan memeluknya sambil membisikkan kat maaf . Anak beranak itu berpelukan sambil menangis. Suasana yang memilukan itu turut meninggalkan kesayuan di hati Encik Hamid, Puan Ros, Amir dan juga Maisarah.

Bayi yang baru berusia sebulan itu ditatap penuh syahdu… Tidak sanggup rasanya untuk berpisah walaupun seminit.Namun apakan daya, kehidupan yang semakin menghimpit melarang Puan Balqis untuk berbuat demikian. Diserahkan juga anaknya itu kepada Puan Nazlah, pengurus kepada rumah anak yatim itu. Diciumnya anak itu buat kali terakhir yang sedang lena di pangkuan Puan Nazlah.

“ Puan, tolonglah jaga anak saya dengan sebaik mungkin. Jikalau saya mampu, saya takkan serahkan anak saya ini..” pesan Puan Balqis dengan penuh sebak.
“ Bawa bertenang Puan Balqis. InsyaAllah saya akan menjaga anak ini seperti anak saya sendiri,” ujar Puan Nazlah sambil tersenyum.
“ Terima kasih. Oh ya. Kalau ada keluarga yang hendak mengambil anak saya sebagai anak angkat, tolong pastikan dia akan menjaga anak saya seperti nyawa mereka,”tambah Puan Balqis lagi sambil mengelap air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang sudah tampak lusuh itu. Puan Nazlah hanya mengangguk.
“ Saya minta diri dulu, puan. Mari Amir, kita pulang nak.” kata Puan Balqis sambil memimpin tangan anak lelakinya yang baru berumur lima tahun sambil tangan kirinya mengendong seorang lagi anak perempuannya.

“ Ibu minta maaf nak kerana menghantar kamu ke rumah anak yatim. Ibu bukan sengaja. Ibu tak dapat jaga kamu bertiga. Ayah kamu dah meninggal seminggu selepas ibu melahirkan kamu dan Maisarah kerana kemalangan. Ibu tak tahu nak buat apa. Berkat menunaikan solat istikharah, ibu bermimpi bahawa ibu perlu melepaskan salah seorang anak ibu kalau ibu nak semuanya membesar dengan selamat. Jadi, ibu mengambil keputusan untuk meninggalkan kamu walaupun ibu tidak ingin berpisah denganmu, nak. Setiap kali lepas solat, ibu pasti mendoakan kebahagiaan kamu dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Alhamdulillah, sekarang Allah perkenankan doa ibu,” terang Puan Balqis panjang lebar.

“ Ira faham kenapa ibu buat macam tu. Sebab tulah Ira datang semula ke sini. Ira rasa bersalah sangat-sangat sebab tinggal ibu macam tu je siang tadi. Ibu maafkan Ira,ya bu?” pinta Humairah lagi dalam esak tangisnya.
“ Ibu maafkan, Ira. Cukuplah Ira terima ibu kembali dalam hidup Ira. Itupun ibu berterima kasih sangat-sangat.” “Oh ye Ira, ni abang Ira. Amir namanya dan yang Ira selalu bersama-sama ni adik Ira, Maisarah pasal Ira lahir dulu,” kata Puan Balqis lagi sambil tersenyum.

Humairah menyalami tangan Amir dan memeluk Maisarah buat kesekian kalinya. Patutlah dia dapat merasakan seperti ada satu aura antara mereka berdua. Rupanya mereka berkongsi rahim yang sama. Selepas minum, Humairah meminta keluarga kandungnya, tinggal bersama-sama di banglo mereka setelah mendapat persetujuan daripada mama dan abahnya. Namun, Puan Blaqis menolak kerana terlalu banyak kenangan di rumah itu katanya. Walau bagaimanapun, Humairah tetap memujuk ibunya untuk tinggal bersama-sama buat sementara waktu apabila Encik Hamid bercadang untuk membaiki dan mengubahsuai rumah itu agar menjadi lebih selesa. Akhirnya, Puan Balqis terpaksa bersetuju. Humairah berasa sangat gembira. Dia memeluk kedua-dua ibu dan mamanya erat sambil hatinya memanjat kesyukuran yang tidak terkira ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan dua orang ibu yang sangat baik dan mengasihi dirinya yang kerdil ini.

Qistina



QISTINA

Amirah Azhar


Qistina tersenyum puas. Penat lelahnya selama dua tahun bergelar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nilam Tiga berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia peringkat kebangsaan. Berada sebaris bersama-sama rakan seperjuangannya membuatkan dia teringat kembali nostalgia lama yang mengusik sanubarinya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Ala papa … tak adalah teruk sangat Qis dapat 4A 4B dalam PMR. Kawan-kawan Qis ada yang lagi teruk daripada Qis tau, tapi mak bapak dia orang relax je. Papa tau tak, kawan-kawan Qis semuanya tak nak masuk asrama… Diorang kata asrama tu macam penjara , ” Qis mengerutkan keningnya sambil membayangkan keadaan di asrama.
“ Papa tak peduli. Papa nak masukkan juga Qis dekat sekolah asrama tu. Biar Qis tau berdikari. Selama ni papa selalu ikut segala kemahuan Qis, tapi Qis buat papa macam ni. Anak-anak kawan papa semuanya dapat 8A. Mana papa nak buka letak muka papa ni? ”
“ Ish..papa ni… Mama, tengoklah papa tu. Sikit pun tak boleh tolak ansur , ” Qistina cuba pula memancing simpati mamanya.
“ Qis , dengarlah nasihat papa. Ada baiknya Qis pergi sekolah tu. Dengar cakap papa dengan mama ye sayang ? ” pujuk Datin Rafeah.
Mendengar penjelasan mama yang lebih berpihak kepada papanya, Qistina terus berlari naik ke biliknya lalu menghempas pintu sekuat hati.
“ Itulah awak. Manjakan sangat anak tu. Sekarang cakap kita pun dia tak nak dengar , ” rungut Datuk Sukor kepada isterinya sambil melepaskan keluhan kesal.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Qistina , Datuk Sukor , dan Datin Rafeah memasuki Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Nilam Tiga yang sarat dengan ibu bapa serta para pelajar yang ingin mendaftar.
“ Awak Qistina binti Datuk Sukor ya? ” kata guru di bahagian pendaftaran itu sambil matanya ligat mencari nama Qistina di lembaran yang berisi maklumat pelajar. “ Hah, dah jumpa pun. Awak akan ditempatkan di Dorm Sarjana Lima. Kelas awak di Tingkatan 4 Arif. Selamat datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Nilam Tiga, ” ujar cikgu itu sambil tersenyum manis.
Qistina hanya tersenyum hambar. Tiada langsung riak kegembiraan yang terpancar di wajahnya yang mulus itu. Setelah selesai sesi pendaftaran dan ucapan Pengetua , mereka pergi ke dorm Qistina untuk mengemas barang.
Hampir sahaja Qistina pengsan kerana dorm yang akan didiaminya hanya dipenuhi dengan katil dua tingkat. Kemudahan yang disediakan hanyalah locker dan meja belajar. Semua ini cukup berbeza dengan keadaan bilik tidurnya yang serba mewah sesuai dengan dirinya sebagai anak tunggal seorang Datuk. Tidak ada lagi katil yang selesa, televisyen, pendingin hawa, dan komputer riba. “ Aduh! ” keluh Qistina di dalam hati.
“ Papa nak balik dah ni. Jangan lupa solat….” Melihat tiada perbezaan di wajah anaknya itu, Datuk Sukor menundukkan sedikit dirinya sambil memegang kedua-dua bahu Qistina.
“ Qis, papa buat semua ni untuk kebaikan Qis sendiri. Qis belajarlah sungguh-sungguh. Dapatkan 10 1A dalam SPM. Papa percaya Qis boleh lakukannya. Qis kan anak papa. ”
Datin Rafeah tidak mampu berkata apa-apa. Sebenarnya dia sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil. Qistinalah satu-satunya anak yang masih ada setelah dia disahkan mengalami barah rahim dan tidak boleh mengandung lagi.
Datin Rafeah memeluk anaknya dengan erat. Melihat air mata mamanya, hati Qistina diruntun pilu. Dia membalas pelukan mamanya sambil air matanya deras mengalir di pipinya yang gebu itu.
Qistina hanya menyalami tangan papanya tanpa berkata apa-apa kerana masih terkilan dengan keputusan drastik papanya.
Setelah papa dan mama pergi, Qistina buntu. Dia tidak tahu arah yang hendak dituju. Dia hanya mengenali rakan sedormnya ala kadar. Qistina tertekan apabila mendapat tahu dia harus menapak jauh ke dewan makan jika hendak mengisi perut. Lebih parah lagi dia perlu beratur hanya untuk mandi. Peraturan asrama yang terlalu ketat menyusahkan dirinya yang selama ini bebas bagai rerama di angkasa.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Kita orang nak kamu semua jaga belon ni baik-baik. Jangan sampai pecah. Ini amanah, faham? Sesiapa yang tak dapat jaga benda semudah ini akan dihukum! Ada apa-apa bantahan? ” kata seorang pelajar senior dengan mata yang membulat.
Suasana sunyi sepi. Semua junior menikus. Tiada siapa yang berani bersuara.
“ Gila! Macam mana nak jaga belon ni selama seminggu?! ” rungut Qistina sambil merenung belon berisi air di tangannya itu. Lebih-lebih lagi Qistina memang tidak tahu untuk menjaga barang sebaik mungkin. Hatta barangnya sendiri pun selalu ‘musnah’ di tangannya.
Seminggu selepas itu, hanya dua orang sahaja yang berjaya mengembalikan belon berisi air itu kepada pelajar senior. Yang lain, tidak tahu apa yang telah terjadi dengan amanah mereka. Oleh itu, mereka telah didenda untuk basuh tandas selama tiga hari.
Qistina sudah tidak tahan dengan kehidupannya di asrama. Sudahlah masuk pun dipaksa, ditambah lagi dengan karenah senior yang menyakitkan hati. Hati Qistina terbakar.
Qistina berjalan pantas ke pondok telefon. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk menelefon papanya. Kerana tindakannya yang terburu-buru, dia terlanggar seorang pelajar perempuan.
“ Maaf’ saya tidak sengaja, ” kata pelajar itu sambil menundukkan wajah.
“ Awak ni buta ke apa?! Lain kali bukalah mata tu luas-luas sikit!” herdik Qistina.
Pelajar itu tidak berani untuk memandang Qistina yang sedang menyinga lalu terus pergi.
“ Hello papa..Qis ni. Papa, Qis tak suka la duduk sini. Qis rasa terkurung sangat. Dahlah kena buli dengan senior, peraturan pun ketat sangat. Qis tak nak duduk sini. Tak nak…” rengek Qistina.
“ Qis..sabar sajalah..tu baru sikit..Kan sabar tu separuh daripada iman? ”
“ Ala,papa ni.Sejak bila papa dah tak nak dengar cakap Qis lagi?Qis bosanlah macam ni. ”
“ Qis…Qis… ” Datuk Sukor memanggil. Tapi Qistina telah pun menghempaskan gagang telefon.
Datuk Sukor hanya menggeleng memikirkan perangai Qistina. Beliau hanya mampu mengirim doa dari jauh.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Sebulan berlalu.Qistina mula menghisap rokok dan ponteng sekolah. Selalu sahaja dia memberi alasan sakit perut, senggugut dan berbagai-bagai lagi kerana enggan belajar. Dia lebih sanggup tidur di bilik sakit atau nama popularnya sick bay. Semua ini gara-gara dia terpengaruh dengan rakan-rakannya yang tidak bermoral. Dia juga selalu meninggalkan solat dan aktiviti kerohanian di asrama. Bagaimanapun , Qistina bijak menyembunyikan rahsianya dengan selalu ke sekolah semasa cuti dan berlagak baik di dorm.
Sesungguhnya Allah Maha Besar. Dengan kuasa Allah, dia dan rakan-rakannya telah diserbu ketika merokok dan melakukan vandalisme di bumbung blok pekerja yang sudah separuh kosong itu pada suatu malam. Hanya tingkat bawah sahaja yang didiami para pekerja yang juga merupakan kakitangan sekolah. Ketika hendak melarikan diri, dia tersadung di batang paip. Dia menjerit meminta tolong rakannya tapi harapkan pagar, pagar makan padi. Dia ditinggalkan keseorangan.
Merah padam mukanya apabila disuluh oleh beberapa orang ustaz yang bertugas pada malam itu. Terasa hendak sahaja dia membunuh diri pada waktu itu. Di asrama, diarahkan untuk duduk di bilik penyelia asrama sambil warden menelefon papanya.Qistina tidak sanggup untuk melukakan hati papa dan mamanya untuk kali kedua. Dia melutut dan merayu pada warden tetapi tidak diendahkan. Qistina meraung di dalam hati. Dia sedar nasi sudah menjadi bubur.
Satu jam setengah selepas itu warden dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis. Melihat perubahan di wajah Cikgu Roziah, Qistina mula berasa tidak sedap hati. Selepas meletakkan gagang telefon, Cikgu Roziah berasa gusar untuk mengkhabarkan berita yang baru diterimanya kepadanya Qistina.
“ Qis, cikgu harap Qis banyak bersabar ya. Ibu bapa Qis kemalangan dalam perjalanan ke mari. Ibu Qis, Alhamdulillah tak ada apa-apa.Cuma cedera ringan je. Tapi..” Cikgu Roziah tidak mampu meneruskan kata-katanya.
“ Macam mana dengan papa saya cikgu? Dia okey kan? ” ujar Qistina tidak sabar walaupun hatinya mula berprasangka buruk.
“ Tuhan lebih menyayanginya, Qistina. Ayah kamu dah kembali ke Rahmatullah.”
Mendengar penjelasan cikgunya , Qistina terus pengsan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“ Qis..Qis..bangun nak..Bangun sayang. ”
Qistina mula membuka matanya. Cahaya daripada lampu kalimantang di bilik itu menyilaukan matanya.Qistina cuba mengingat kembali peristiwa yang telah terjadi.
“ Papa..Papa…Mana papa , mama? Mana papa Qis.Qis nak papa!!Qis nak papa!” raung Qistina sambil air matanya deras menuruni pipinya.
“ Bawa mengucap sayang. Papa dah tak ada, Qis. Papa Qis cedera parah. Dia meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. ”
“ Tak!!Mama tipu Qis.Qis tak percaya.Mama tipu Qis!!Qis nak jumpa papa sekarang juga!! ” jerit Qistina lalu berlari ke bilik air.
Datin Rafeah hanya mampu melihat anaknya dengan linangan air mata.
“Sabarlah datin. Biarkan dia dulu. Kejap lagi redalah tu.Saya minta maaf atas apa yang telah berlaku ,” pujuk Cikgu Roziah.Dia sebenarnya turut terkejut dengan berita itu. Sedikit sebanyak Cikgu Roziah turut berasa bersalah. Namun , sudah menjadi tugasnya sebagai seorang warden untuk menelefon ibu bapa pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin berat.
Qistina mengunci pintu bilik air dari dalam lalu menangis semahu-mahunya. Dia enggan menerima takdir tersebut. Kerana dialah , ayahnya meninggal. Dia sudah menjadi anak derhaka. Ayahnya meninggal tatkala sedih mendengar perlakuan tidak senonoh anak tunggalnya. Qistina terkilan.
Setelah agak lama berkurung di bilik air, Qistina akhirnya keluar. Dia sedar tidak ada gunanya melawan takdir. Dia mengatur langkah dengan lemah menuju bilik warden.
“ Mama.Qis nak minta maaf banyak-banyak.Qis janji tak buat lagi. Qis dah sedar. Mama maafkan Qis ya?” ujar Qis sambil merenung kedua-dua mata mamanya yang sudah semakin pudar cahayanya.
Ibu mana yang tidak kasihkan anak? Sebesar mana pun kesalahan anaknya, si ibu pasti mudah untuk melupakan segalanya. “ Mama maafkan Qis sayang.Qis janji dengan mama ya Qis tak buat lagi? Qis belajar betul-betul lepas ni? Janji dengan mama ya sayang?”
“ Qis janji, mama. Mama,Qis nak ziarah arwah ayah buat kali terakhir. Bolehkan??”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Qistina nekad. Dia ingin berubah sepenuhnya. Dia mula sedar kegiatan haramnya dahulu hanya memberikan kebahagiaan sementara dan balasan yang maha pedih. Bukan sahaja satu sekolah sudah heboh dengan kesalahan disiplinnya, malah ayahnya yang sangat dikasihi sudah pergi dahulu sebelum dia berjaya mengecapi kejayaan.
“Qistina janji, papa. Qis akan cuba penuhi wasiat papa. Qis takkan kecewakan papa dan mama lagi.” bisik Qis di dalam hati.
“Ya Allah, maafkanlah hambamu ini Ya Allah. Berkatilah segala usahaku. Terima kasih kerana telah mengetuk pintu hatiku ke arah kebenaran sebelum segalanya terlambat.Amin amin Ya Robbal A’lamin..” kedua-dua tangan Qis meraup mukanya. Qis berasa tenang sekali. Sedikit sebanyak dia menyesal kerana selalu mengingkari tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam.
Qistina sudah mula menonjolkan diri dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Suara-suara sumbang yang mengutuknya sekian lama dahulu sudah tidak kedengaran lagi. Cikgu Roziah tersenyum bangga. Tidak sia-sia tindakannya selama ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Qis..Qis..Kau okey ke tak ni?” Suara rakannya memecah lamunannya.
“Hah?! Aku okey.”
Serentak dengan itu, namanya dipanggil untuk menerima hadiah.
“Qistina binti Dato’ Sukor. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Nilam Tiga. Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang tokoh nilam kebangsaan.”
Bunyi tepukan gemuruh memenuhi ruang udara Dewan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Qistina tersenyum. Dia pasti mamanya berbangga dengan kejayaan yang diraih. Cikgu Roziah pun semestinya begitu.
Selesai sahaja majlis penganugerahan itu, Qistina terus meluru ke arah mamanya lalu mendakap erat tubuh kerdil itu. Terima kasih mama. Tanpa mama dan arwah papa , tentu Qis takkan sampai ke tahap ini. Cikgu, saya nak minta maaf dan berterima kasih kepada cikgu,” ujar Qistina sambil matanya memandang Datin Rafeah dan Cikgu Roziah silih berganti.
“Mama, Qis nak ziarah pusara papa.”
Sesampainya mereka di kawasan perkuburan Kampung Baru, Qistina, Datin Rafeah, dan Cikgu Roziah sama-sama menyedekahkan bacaan Yassin buat Datuk Sukor. Selepas itu, Qistina menyirami pusara arwah ayahnya dengan penuh rasa kasih sebagai seorang anak.
“ Papa, Qis dah tunaikan wasiat papa dan janji Qis. Semoga roh arwah papa aman di alam sana.” bisik Qis sambil berjalan beriringan bersama-sama Datin Rafeah dan Cikgu Roziah meninggalkan pusara papanya.

Friday, December 5, 2008

Bingkisan Doa Buat Marini





Bingkisan Doa Buat Marini
Muhammad Zaki Amali Bin Basiron @ SU-K


“Kenapa dengan mat saleh ini nurse?.”
“Kena langgar dengan kereta.”
“Ok nurse, cepat bawak pesakit ini ke dalam.”
“Baiklah doktor, tapi pesakit ini siapa yang akan uruskan.”
“Saya sendiri yang akan uruskan. Cepat nurse!.” Ridhwan tidak letih dengan semua ini. Baginya, inilah tanggungjawab. Walaupun dia baharu sahaja tiba, dan belum sempat punch card lagi, dia menganggap kerjanya ini sebagai ibadat dan nyawa mesti diselamatkan.

“Malangnya aku tidak dapat selamatkan dia...” bisik hatinya kesal.Ridhwan mengambil nafas sambil duduk di atas kerusi di dalam bilik selepas dia punch card kehadirannya. Yang pasti bertanda merahlah punch cardnya hari itu. Pandangannya beralih seketika ke arah tepi meja. Dia melihat gambar kenangannya bersama-sama Marina. Gadis yang berbaju kurung merah dikenakan dengan tudung putih dan bertahi lalat di tepi bibir tersenyum kepadanya. Hati Ridhwan mula tersentuh apabila melihat wajahnya itu.
**************


“Rini, cepat sikit! Kenapa lama sangat kau bersiap! Sikit-sikit sudah lah.”
“Kejaplah kakak. Lagi seminit Rini turunlah,” jerit Marini yang kelam kabut memakai tudung sekolahnya itu.
“Dahlah kita belum breakfast lagi. Dah pukul berapa ni. Lambat pula nanti kita sampai ke sekolah . Kau nak cari pasal dengan Cikgu Joyah lagi?.” Marina merungut.
“Wahai kakakku yang cantik…. Ok.., Rini dah siap! Puas hati? Sabar lah sikit. Lagipun sekolah depan itu saja. Bukannya kat bulan. Sheikh Mudzhapar pun tak kelam kabut macam kakak. Dia sabar. Buat preparation betul-betul. Tak macam kakak. Semuanya nak cepat!”Walaupun Marina tegas, tapi dia berhati mulia. Dia nak cepat bukannya apa, cuma hidup sekarang ini, manusia kena bergerak pantas. Tapi, kenalah ingat, biar cepat asal selamat.
“Dahlah tu. Jangan nak membebel-bebel pulak kat sini. Jom kita pergi breakfast. Lapar tak?”
“Mestilah…Ok, jom.”Mereka terus berjalan menuju ke Cafe Teratak Bonda Nur Iman. Di situlah setiap hari mereka menatap rezeki Allah.

“Kak Rina, mana budak-budak lain? Tak nampak pun batang hidung mereka. Mereka tak pergi sekolah?,” Marini duduk di hadapan Marina. Terdapat hidangan pagi di atas meja bulat beralaskan kain berwarna kuning.Marini buat muka pelik sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Sedap betul nasi yang dibuat oleh Bonda. Suapan demi suapan dimasukkan ke dalam mulut cepat-cepat. Lagaknya macam tidak dikunyah nasi itu. Muka Cikgu Joyah terpampang di ruang matanya. Tangan mencekak pinggang menuding jari ke arah pelajar-pelajar yang datang lambat ke sekolah.
“Mereka semua dah pergi sekolah pun. Kita saja yang lambat,” gerutu Marina mengambil air teh panas lalu diminumnya.
“Alamak, dah pukul 7.30! Dahlah tu, jom pergi sekolah. Habislah kita Marini, mesti Cikgu Joyah naik angin!,” jerit Marina sambit menyambar begnya dengan pantas.
“Ok.,ok!! Jom kita pergi!,” sahut Marini. Kelam kabut Marina apabila melihat jam di tangannya. Kadang-kadang tersenyum dia seorang diri melihat jam tangannya itu. Itulah jam tangan yang diberikan ibunya sebelum meninggal dunia lapan tahun yang lalu.Tetap dipakainya dengan baik. Tidak pernah sekalipun jam itu rosak. Itulah hadiah yang paling berharga yang dia ada. Begitulah kemesraan dua orang adik beradik yang penuh dengan kasih sayang. Bagi mereka, walaupun ibu dan bapa telah pergi buat selama-lamanya, kehidupan mesti diteruskan. Belajar pun kena teruskan juga. Tanpa ilmu sesatlah manusia.

“Marina, Marini! Kenapa kamu lambat datang ke sekolah? Kamu tahu tak sudah pukul berapa sekarang ni?,” jerit seorang cikgu berkaca mata bulat di depan pintu kelas Tingkatan 4 Alpha. Bulat matanya menjeling tajam ke arah dua beradik tersebut.
“Pukul 7.40 pagi cikgu,” kata Marina sambil menundukkan kepalanya.
“Haaaa! Tahu pun!,” nyaring suara Cikgu Joyah menjerkah mereka. Rugi tak masuk Akademi Fantasia. “Minta maaf cikgu. Tadi saya bangun lambat. Itulah yang kami lambat datang ini,” jawab Marina pantas. Padahal Marini yang bangun lambat. Tapi, demi menyelamatkan keadaan, Marina berani bersuara.
“Aahhh! Alasan tu dah lapok.…Tak habis-habis,”
“Cikgu, saya bangun lambat tadi. Tak ada alasan lain?”“ Kejap, kamu ni siapa?,” Cikgu Joyah buat muka keliru.
“Saya, Marina. Ini Marini. Cikgu tak kenal lagi kami berdua.” senyum Marina. “Tak…, saya keliru saja,” Malu pula Cikgu Joyah. Sudah tiga tahun mengajar, tak kenal lagi mana satu Marina dan Marini. Mana tidaknya, Marina dan Marini itu kan kembar seiras! “Saya minta maaf cikgu. Kami janji, lain kali kami tak buat lagi,” jelas Marina dengan suara mendatar.
“Dah, masuk kelas! Tak payah nak bersandiwara kat sini pulak. Lain kali awak berdua datang lambat lagi, tengoklah nanti apa yang saya akan buat.”
“Cikgu ni tak habis-habis nak cari kesalahan orang lain. Dia masuk lambat ke kelas tak apa! Tak adil betul,” Marini berkata di dalam hatinya.
“Memang salah aku pun tadi, tak kejutkan Rini,” bisik hati kesal Marina lalu terus menarik tangan Marini masuk ke dalam kelas. Kebetulan mereka satu kelas, malahan duduk bersebelahan..
**************

Kkringgg….!!Loceng sekolah berbunyi berkali-kali. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Tak sabar-sabar nak balik rumah.

“Kak, kita nak terus balik?,” Marini bertanya sambil membetulkan tudungnya.
“Habis tu, mana lagi kita nak pergi?. Kita terus saja balik. Nanti risau pulak Bonda,
”Mereka berdua berjalan kaki menuju ke pintu gerbang yang tersergam indah. Terpampang papan tanda Selamat Datang ke Rumah Anak-Anak Yatim Nur Iman Taiping Hampir 50 orang anak-anak yatim menetap di situ. Rumah itu tersergam indah ditambah dengan halaman yang diserikan dengan bunga-bungaan. Mereka berdua sudah tinggal di sini sejak berusia lima tahun lagi. Terutama ketika kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terkorban dalam tragedi kebakaran yang berlaku di rumah mereka sendiri. Mereka tiada di rumah kerana bersekolah. Apa-apa pun, semuanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.
“Hai Bonda!,” sapa Marina sambil menepuk bahu Bonda dari belakang yang sibuk membersihkan pasu bunga.
“Haa..Rina, Rini…Dah balik pun. Macam hari ni sekolah? Ok tak?” tanya Bonda sambil senyum menyapa anak-anaknya pulang.
“Ok saja Bonda. Cuma pagi tadi Cikgu Joyah naik angin lagi,” Marini bersuara macam tak puas hati.
“Dahlah tu…Naiklah, lepas ini terus makan. Petang nanti Bonda nak bawa kamu menziarahi kubur mak dan ayah kamu,” jelas Bonda sambil tersenyum. Sesekali Bonda akan membawa anak jagaannya untuk menziarahi pusara arwah ibu bapa mereka. Kali ini, tiba giliran Marina dan Marini. Kali terakhir mereka menziarahi pusara ayah dan ibu mereka ialah tiga bulan yang lalu. Tak sabar rasanya untuk bertemu ayah dan ibu. Rindu hati mereka mula terusik.

“Kak, kakak tak rindukan mak dan abah?,” Tanya Marini sambil meletakkan begnya di atas katil. “Anak mana yang tak sayangkan mak dan abah. Kakak pun rindukan mereka,” Marina membuka tudung sekolahnya dan duduk bersebelahan Marini.
“Rini rindukan mereka, kak. Rini teringin sangat nak cium mereka.” Marini terus mengambil gambar mak dan ayahnya di sebelah katilnya. Ditatap dan dipeluk erat-erat gambar tersebut. Titisan air mata mula membasihi pipinya.
“Rini, sudahlah tu, apa yang boleh kita buat. Semuanya telah ditakdirkan. Lagipun, Allah lebih sayangkan mereka, sabarlah Rini,” Marina cuba menahan sebak.
“Tapi kak, kenapa Tuhan terlalu cepat mengambil mak abah daripada kita? Mengapa Tuhan tidak beri peluang kepada kita untuk merasai kasih sayang. Kenapa kak? Kenapa?,” bersungguh-sungguh Marini menyoal Marina.

“Rini, kan kakak dah cakap tadi…Ini semua adalah kehendak Allah. Dia yang berkuasa menentukan segala-galanya. Terimalah hakikat yang mak abah dah pergi. Apa yang mampu kita buat, berdoa supaya mak dan abah selamat dan sejahtera di sana.”
“Tapi kak, Rini terlalu rindukan mereka.” “Rini, ingat tak. Mak pernah berpesan jikalau mereka sudah tiada, kita kenalah hidup berdikari. Jangan selalu menangis. Kalau ada masalah, mengadulah padaNya. Tentu Allah akan menolong kita. Selalulah ingat Allah!” Manusia adalah milik Allah. Semua yang kita miliki bukanlah hak mutlak kita untuk selama-lamanya. Kehidupan yang sementara ini merupakan jambatan dan tempat persinggahan untuk kita mencari bekalan bagi menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Marina memahami apa yang berlaku dan mengharap agar hal yang sama dapat dirasai oleh adik kesayangannya itu. Marina bertekad untuk menjaga Marini dengan sebaik-baiknya. Seperti apa yang telah diwasiatkan oleh ibu dan bapanya.
“Rina, abah nak Rina jagalah Rini baik-baik.”
“InsyaAllah bah, Rina akan ingat apa yang abah katakan ini.”
“Rina, satu lagi yang abah nak pesan. Selalulah ajar Rini agar dekati Allah. Jangan biarkan dia hanyut. Belajarlah rajin-rajin. Abah percaya, Rina boleh lakukan semua ini”
“Mak pun sama Rina. Mak dan abah dah tua. Hanya tunggu masa sahaja. Kalau kami dah tiada, Rinalah tempat Rini mengadu kasih. Ingat tu Rina…” Walaupun mereka kembar, mempunyai usia yang sama, namun disebabkan Marina yang lahir dahulu, dia merasakan dialah payung kepada Marini.

**************

“Mana Marini ni? Kata nak study Bio sama-sama,” Marina mundar mandir sambil melihat jam.
“Kejap, hari ini hari apa? Hari sabtulah.…lupa pula, kan hari ini Marini ada kelas muzik,” Marina bercakap seorang diri. Memang dari kecil Marini sangat meminati muzik. Katanya, muziklah penawar dukanya. Bila bosan, muziklah temannya. Bila dewasa nanti, dia mahu menjadi seorang penyanyi. Marini pernah menyertai School Idol di sekolah. Tak sangka dia mendapat tempat pertama.

“Alah, ada apa sangat dengan muzik tu? Bosan!,” Marina berceloteh sendirian sambil mengambil buku teks Biologi. Marina membuka kembali tajuk yang telah dipelajarinya di sekolah pagi tadi. Cikgu pesan, kalau nak senang ingat, study balik apa-apa yang kita dah belajar kat sekolah. Walaupun mereka kembar seiras, inilah yang membezakan mereka. Kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Marina tidak meminati bidang muzik. Tambahan, muziklah subjek yang paling dibencinya sewaktu sekolah rendah dahulu.
“Nampaknya, aku study seoranglah hari ni,” rungut Marina seorang diri yang katanya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. “Tak mengapa.. Dia tiada lagi senang. Kalau tidak, asyik memekak saja,” kata Marina yang tekun highlight nota-nota penting dibukunya. Selepas penat study, Marina berhenti seketika. Dia memandang ke arah tingkap sambil melihat keindahan Bukit Larut, salah sebuah kawasan tanah tinggi yang popular di Bandar Taiping. Dia cuba memikirkan perkara yang akan terjadi kepada mereka apabila dewasa kelak. Apalah yang berlaku nanti. Adakah mereka akan berjaya menemui kejayaan atau kegagalan yang menjadi teman. Adakah cita-cita yang diburu menjadi kenyataan atau sekadar mimpi di siang hari semata-mata. Persoalan yang menjadi tanda tanya. Tiada siapa yang mampu merungkai persoalan ini. Biarlah masa yang menentukannya. Hati Marina berbisik dari dalam.

“Assalammualaikum, Marina,” tercegat seorang lelaki kurus sedang memapah seorang perempuan.
“Waalaikummussalam. Ya Allah, apa dah jadi, Wan?” Highlighternya terlepas dari tangan. Marina cepat-cepat mendapatkan Marini.
“Tak tahulah Marina. Tiba-tiba tadi Marini jatuh pengsan. Wan nampak, jadi Wan bawah dia pulang,” jelas Ridhwan tercungap-cungap selepas penat memapah Marini. Budak itu Ridhwan namanya. Remaja yang bersahabat baik dengan Marina dan Marini di Rumah Nur Iman. Ridhwan juga senasib dengan mereka, anak yatim piatu.
“Badan dia panas ni, Wan,” tangan Marina terasa panas selepas memegang Marini.
“Bonda…Bonda, cepat Bonda. Marini demam panas!,” Marina jerit memanggil Bonda. Dia menggelabah macam cacing kepanasan. Pantang melihat Marini sakit.
“Baiklah, kita bawa Marini ke klinik.” Bonda datang memberi sokongan. Ridhwan hanya memandang wajah Marina. Terkedu sebentar. Wajah Marina sangat cantik. Macam Siti Nurhaliza. Kini, sudah dua hari Marini terbaring di atas katilnya. Demam panasnya masih belum reda.

“Kak, Rini sejuk kak.” Marini menarik selimut sambil tangannya terketar-ketar.
“Sabarlah dik. Kakak ada di sini.” Marina berkata sambil menyapu sehelai kain lembab di atas dahi Marini.
“Kak tak pergi sekolah ke hari ni?” Marini bertanya kehairanan.
“Tak. Kakak risau dengan Rini. Tak mengapalah, biar kakak temankan Rini.”jawab Marina dengan sayu. Demi Marini, Marina sanggup ponteng sekolah. Marina tidak sampai hati hendak tinggalkan Marini seorang diri. Itulah kasihnya seorang kakak.

**************

“Saya bantah Yang Arif!,” Marina bersuara dengan lantang.
“Bantahan diterima.” Serius wajah Datuk Fahmi, hakim yang mengadili perbicaraan kes penceraian Datuk Kamaruzaman dengan bekas isterinya, Datin Sara. Sudah seminggu mereka membicarakan kes ini tetapi tiada kesudahannya.
“Saya bantah lagi Yang Arif,” Marina bangun membantah hujah peguam Datuk Kamaruzzam yang cuba mengelirukan Datin Sara dengan soalan-soalan yang berbelit-belit. Marina tidak berpuas hati.
“Bantahan di tolak.” Dengan selamba, Marina yang tinggi lampai dan bertudung itu duduk. Kini, tiba giliran Marina. Dia bangun sambil membutangkan jubah hitamnya itu.
“Terima kasih Yang Arif. Yang Arif, nampaknya terdapat penipuan yang cuba dilakukan oleh pihak Datuk Kamaruzaman.” Itulah Marina, seorang peguam syariah. Dia tidak kekok untuk bersuara di khalayak ramai. Berusaha untuk mempertahankan anak guamnya. “Rini, kenapa dengan kau ni, semacam saja aku tengok,” tanya Siti, rakan artis Marini, pelik melihat keadaan Marini yang ke hulu hilir tidak henti-henti.
“Aku pelik, atau kau yang pelik? Kau tahu tak, kejap lagi turn aku buat show. Takutlah!”
“Nak takut apanya. Ini bukannya kali pertama kau buat persembahan,” kata Siti. “Memanglah. Tapi, kali ini aku tengok orang ramai sangat. Rasa gugup pulak. Silap-silap, aku lupa lirik pulak nanti,” jelas Marini meluahkan kegelisahannya. Inilah pula Marini. Tidak kurang seperti kakaknya, Marini kini bergelar penyanyi di bawah syarikat rakaman Senyum Entertainment Sdn.Bhd. Dua Belas tahun berlalu dengan pantas. Peredaran masa berlaku bagaikan sekelip mata sahaja. Kini, manusia mengecapi zaman era globalisasi, dunia tanpa sempadan. Marina dan Marini pula terasa baru semalam saja mereka keluar meninggalkan Rumah Nur Iman. Mereka telah pun berusia 26 tahun, umur yang cukup memadai untuk mereka berfikiran matang, mengenali apa sebenarnya erti kehidupan.Umur yang cukup memadai untuk mereka hidup di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.
“Rini, macam mana dengan show hari ini?,” Marina cuba berbual dengan Marini di ruang tamu kondominium mereka sambil menonton televisyen.
“Ok kak. Tapi waktu nak buat persembahan tadi, takutlah pula. Mana tidaknya, tadi ramai sangat orang. Nasib baik tak lupa lirik.”
“Biasalah itu, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Nak jadi artis kena hadapi semua tu. Sabarlah adik,” pujuk Marina yang cuba memberi semangat kepada Marini.
“Kakak pulak macam mana? Dah selesai dengan kes Datuk Kamaruzaman tu,” tanya Marini sambil membawa segelas air untuk kakaknya.
“Tak habis lagi. Minggu depan pula sambung. Kakak pun pening sekarang ini. Tak tahu bila kes itu nak selesai.” Jelas Marina tanpa berpaling daripada melihat tv.
“Datin Sara macam mana, ok tak?” tanya Marini ingin tahu.
“Dia itu ok. Tapi, beria-ia nak menang. Padahal dia yang minta cerai,” rungut Marina. Kerjaya sebagai peguam memang mencabar. Memerlukan ketajaman berfikir untuk menyelesaikan masalah. Memerlukan kepetahan bercakap, kebijaksanaan menangkis pihak lawan dan kesabaran menuruti kehendak anak guam.
“Rini, esok kakak nak melawat Bonda. Dah lama kita tak melawat dia. Nak ikut tak?”
“Esok?!!!” “Maaflah kak. Esok saya ada hal. Nak jumpa kawan,” jawab Marini cuba memberi alasan.
“Kalau macam itu, tak pela. Kakak pergi seorang saja,” kata Marina.

**************

“Assalammualakum Bonda,”
“Waalaikummussalam…Ya Allah!Rina. Apa khabar, nak? Seorang saja? Mana Rini?” Tanya Bonda kehairanan dengan kedatangan Marina.
“Dia tak dapat datang. Katanya, ada hal dengan kawan. Bonda sihat?.” “Bonda macam inilah. Sihat cara orang tua. Kenapa Rina datang ke sini?.”
“Saja nak melawat Bonda. Takkan tak boleh? Kan dah lama kita tak jumpa?” jawab Marini sambil tersenyum.
“Boleh.. Cuma kalau nak datang tu bagi tahulah awal-awal. Boleh Bonda sediakan apa-apa yang patut.”
“Tak payahlah susah-susah Bonda. Rina datang pun sebab rindu sangat dengan Bonda. Bonda… ini ada check RM 20000. Ambillah. Ikhlas daripada saya,”
“Apa ni, Rina?. Banyak ni.” Bonda seperti tidak dapat menerimanya.
“Ambillah Bonda. Bonda dah macam mak kandung saya. Saya cuma nak ringankan beban Bonda. Lagipun duit ini boleh Bonda guna untuk belanja adik-adik di sini. Mereka sangat memerlukan wang ini.” Marina meyakinkan Bonda.
“Terima kasih banyak-banyak Rina,” kata Bonda yang kini berambut putih. Hari berlalu demi hari. Marini masih dengan kerjayanya sebagai penyanyi. Kadang-kadang tidak pulang ke rumah selama beberapa hari. Katanya, ada showlah, outstationlah, macam-macam alasan. Tatkala, Marina sedang sibuk menguruskan kes penceraian Datuk Kamaruzaman, rakan-rakan seperjabatnya sibuk membincangkan hal adiknya, Marini.

“Eh, Nur, kau ada dengar tak cerita pasal Marini, penyanyi yang agak top itu. Ala adik Marina,” perlahan suara Tijah bercakap dengan Nur.
“Cerita apa?” “Aku dengar Marini itu sekarang tengah hangat bercinta dengan Alex, penyanyi dari Amerika itu. Asyik berkepit ke hulu hilir. Tak tahu malu! Dahlah budak itu mat saleh, Marini pula Islam, mana sesuai!,” kuat suara Tijah bersembang. Marina hanya pasang telinga,
“Manalah mereka semua dapat cerita karut ini. Takkanlah Marini sanggup buat macam ini?,” sedetik bersuara di hati Marina.
“Marini, tunggu dulu. Kakak ada benda nak cakap dengan kamu,” Marina menahan adiknya daripada masuk ke dalam bilik. Sudah seminggu tidak pulang. Inilah peluang Marina berterus terang dengan adiknya.
“Ada apa kakak. Cepatlah, saya letih ini. Nak berehat!,” ujar Marini yang berambut lurus.
“Kawan-kawan kakak sibuk bercakap yang kamu sedang bercinta dengan Alex, betul atau tidak?” “Kakak, janganlah percaya sangat dengan mereka itu. Lagipun ini gosip sahaja!”
“Baik kamu cakap betul-betul dengan kakak!”
“Ok. Kalau kakak nak tahu sangat. Ya! memang betul, apa salahnya saya bercinta dengan dia. Dan buat pengetahuan kakak, saya akan berkahwin dengan dia,” lantang Marini bersuara.

“Marini kamu sedar atau tidak apa yang kamu telah lakukan ini? Sejak bila kamu jadi macam ini? Kamu itu orang Islam, Alex pula beragama Kristian! Kamu berdua tidak boleh berkahwin!,” Marina bersuara.
“Suka hati sayalah. Saya berhak nak berkahwin dengan sesiapa pun. Apa hak kakak?,” marah Marini terus masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan pintu bilik.
“Apalah yang telah terjadi kepada Marini? Adakah dia sudah berubah? Sudah lupakah dia kepada Allah? Dengan sekelip mata sahaja, Marini bakal merosakkan hidupnya sendiri. Aku tidak mengerti! Adakah aku gagal untuk membimbingnya?” Marina tertuduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Dia dalam kebingunan. Lalu, dia terpandang pada gambar ibu dan ayahnya, yang kini mungkin kecewa terhadap apa yang telah berlaku terhadap Marini. Marina menangis keseorangan.

Keesokan harinya. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Sepatutnya, Marini sudah pun bangun daripada tidur.
“Rini, dah siap atau belum? Marilah breakfast sama-sama. Marini…!,” Marina bersuara memanggil Marini sambil menyiapkan makanan. Namun, Marini tidak menyahut. Lalu, Marina pergi ke bilik Marini.
“Marini, dah siap atau belum?,” Marina cuba memanggil sekali lagi. Marina buka pintu bilik Marini. Pintunya tidak berkunci. Marini tiada di dalam bilik. Tiba-tiba, Marina terpandang sekeping surat yang terletak di atas meja.
“Buat kakakku, Marina…Sebelum itu, Marini minta maaf banyak-banyak daripada kakak atas apa yang berlaku semalam. Kakak, Marini tetap dengan pendirian Marini. Marini akan berkahwin juga dengan Alex. Sudah lama kami merancang. Kakak janganlah halang hasrat kami berdua. Selamat tinggal kakak…”.
Setelah membaca surat tersebut, Marina terasa dunia semakin gelap. Tiba-tiba, Marina jatuh pengsan sehingga tidak sedarkan diri. Selepas itu, apabila tersedar daripada pengsan, Marina mendapati dia terlantar di atas katil.
“Di mana aku sekarang?. Mana Rini? Rini, jangan tinggalkan kakak…!”
“Sabar Rina,” suara seorang lelaki yang sedang duduk di sebelah Marina.Marina tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki tersebut. Namun, digagahinya untuk membuka mata. “Jangan risau Rina. Abang ada sini temankan Rina.”
“Macam mana Rina boleh ada di sini, bang?” perlahan suara Marina. Wajahnya pucat dan lesu. “Semalam abang pergi rumah Rina. Abang panggil, tapi tiada yang menyahut. Jadi abang masuklah. Then, abang ternampak Marina terbaring atas lantai. Terus abang bawa Marina ke hospital.”jelas Ridhwan yang kini bergelar seorang doktor. Mereka berdua telah pun bertunang hampir tiga bulan yang lalu. Malahan, mereka juga merancang untuk berkahwin pada bulan depan.
“Aduhhh…sakitnya kepala Rina,Terasa seperti nak pecah.”
“Sabar Rina…Nah, makan ubat ni. Nanti kurang la sikit sakit kepala itu.” Jelas Ridhwan cuba menenangkan Marina.Marina mengambil ubat tersebut lalu dimakannya. Ridhwan pula menghulurkan segelas air. Kelihatan dia ingin bersuara tetapi seperti serba salah untuk bercakap.
“Rina, abang harap Rina bersabar dengan apa yang abang akan cakapkan ini. Abang pun tidak dapat menerima apa yang telah berlaku kepada Rina. Sebenarnya, setelah diperiksa, didapati Rina menghidapi barah otak.” Marina kaku. Tidak berkata apa-apa. Semangatnya tiba-tiba lenyap. Marina tidak mahu berdepan kenyataan bahawa barah otak menjadi racun dalam dirinya. Tatkala mengenangkan nasib adiknya, Marina sabar dengan apa yang terjadi. Di saat ini, kehidupannya semakin rumit. Terbayang difikiran Marina akan adiknya. Marini alpa dengan kebahagian hidup di dunia. Dia telah lupa segala-galanya. Agama diketepikannya. Solat entah ke mana. Dia tidak terfikir langsung dengan apa yang dinasihati oleh mak ayahnya.
“Janganlah lupakan Allah”… Dia juga lupa terhadap Marina. Malahan tidak sedar bahawa Marina sedang bertarung nyawa untuk hidup. Tiba-tiba, telefon Marini berdering. Pantas Marini mengangkatnya.
“Hello, siapa ini?,” Marini bertanya.
“Assalammualaikum Marini. Wan bercakap di sini,” perlahan suara doktor itu.
“Ada apa Wan call saya ni? Jangan nak buang masa Rini!” marah Marini.
“Wan cuma nak beritahu Marini bahawa Marina sedang sakit. Dia ada di hospital sekarang. Rina menghidapi barah otak. Kalau senang, datanglah melawat dia. Dia amat memerlukan Rini.”
“Sudahlah, jangan pula Wan nak bersandiwara. Ini semua alasan Rina, kan? Sudahlah, Wan. Rini tidak mahu dengar apa-apa lagi!” jerit Rini dan kemudian, talian terus dimatikan. Di hospital, Marina semakin tenat. Sudah seminggu Marina tidak dapat bangun dari katilnya. Tunangnya kebingunan. Dia mendapati penyakit Marina tidaklah seteruk itu tetapi mengapakah keadaan kesihatannya semakin merosot.

**************

Di saat menanggung kesakitan, Marina masih teringat akan Marini. Apa yang dapat dilakukan oleh Marina, hanyalah berdoa kepada Allah. Itulah senjata utama seorang muslim sepertinya.

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini hanyalah hamba yang lemah, tidak berdaya menentang kekuasaanMu.. Kupohon pada-Mu Allah… Engkau kurniakanlah taufik dan hidayah kepada adikku, Marini agar dia kembali ke pangkal jalan..Janganlah bairkan dia tunduk dengan kejahilan dunai.. Engkau peliharalah dia…..Aku mengharapkan pertolongan-Mu ya Allah”.
“Abang, kalau Rina sudah tiada, Rina berharap agar abang dapat cari Rini dan nasihatkan dia supaya kembali ke pangkal jalan”
“Jangan berkata begitu, sayang. Rina…Rina… akan sembuh! Abang.. Abang… ada di sini, sayang! Abang akan rawat Rina sebaik-baiknya. Abang akan carikan ubat yang terbaik. Abang sudah aturkan pembedahan itu esok. Bersabarlah sayang!” Pujuk Ridhwan pilu. Butiran air mata tiba-tiba menitis mengenai pipi Rina.
“Jangan menangis, bang. Terimalah dengan reda. Kalau Rina sudah terima ketentuan ini dengan reda, abang mesti terima juga. Abang kena berjanji dengan Rina yang abang akan jaga Rini dengan baik. Abang, Rina rindu sangat dengan Rini. Oh, Rini adikku! Rina rindu sangat dengankau Rini. Abang janji ya, bang.”
“Sabarlah sayang! Rini pasti akan datang. Tidak sampai hatinya untuk memberitahu bahawa Rini sememangnya tidak akan datang menjenguk kakaknya itu. Dia tidak tahu mengapa Rini tidak mahu datang walaupun sudah diberitahunya berkali-kali tetapi Rini tetap mengatakan bahawa itu semua alasan Rina yang ingin menghalang hubungannya dengan Alex. Ridhwan tidak dapat menahan kepiluan hatinya.
“Abang, Rina letihlah. Rina rasa nak tidur.” Marina memejamkan matanya. Ridhwan masih di sisi Marina. Tidak berganjak. Diusap-usapnya ubun-ubun Marina. Direnungnya tepat-tepat. Dia dapat rasakan penderitaan dan rindu yang ditanggung oleh Marina. Digenggamnya erat-erat tangan Marina. Namun, genggamannya itu sudah tidak berbalas.“Rina, jangan tinggalkan abang, sayang! Rina….”

**************

Itulah wajah Marina yang amat disayanginya. Wanita yang sangat dicintainya. Baginya, pemergian Marina tidak dapat diganti.Kalau diberikan peluang, akan digantikan nyawanya untuk mengembalikan Marina. Namun, Ridhwan pasrah. Dia hanyalah hanyalah doktor biasa, tiada kuasa untuk menyelamatkan nyawa yang nyata milik-Nya. Marina pergi meninggalkannya sebelum dia bergelar suami. Mungkin dialah seorang lelaki yang paling rugi di dunia ini kerana kehilangan seorang wanita yang cukup hebat. Ketabahan, kesabaran, keikhlasan dan kasih sayangnya, tidak ada pada wanita lain. Kata orang, yang patah akan tumbuh kembali, namun yang tumbuh itu bukanlah sama seperti yang telah patah. Bunga bukannya sekuntum, namun yang sekuntum itulah madu di hati. Sejak di Rumah Nur Imam lagi, Ridhwan mengimpikan Marina menjadi teman hidup buat selama-lamanya. Hasratnya hanyalah sampai di pertengahan jalan. Sesungguhnya, Marina terabdi sebagai bidadari terindah dalam mimpinya…. Yang pasti Ridhwan berjanji akan sentiasa menyayangi Marina. Menyayanginya seumur hidup.“Kenapalah kau pergi terlalu cepat Rina. Belum sempat abang nak hidup bersamamu.” Hati Ridhwan berbisik.

Tok! Tok! Tok!Bunyi ketukan pintu menyentak lamunan Ridhwan.
”Masuk!”
”Doktor, ada waris mat saleh tadi nak berjumpa dengan doktor,”
“Suruh dia masuk.”
“Assalammualaikum,” suara lembut seorang wanita di pintu bilik Ridhwan.
“Waalaikumussalam.”
”Wan?”
”Rini?”

Dilema Anak Guru



Dilema Anak Guru

Mohammad Firdaus bin Zainal


Fajar menyinsing sang suria memancarkan cahayanya tepat kea rah bilikku. Suasana pagi begitu hening dan tenang. Kabus tebal masih meliputi kawasan ibu kota. Brung-burung mula mencari habuan masing-masing. Warga kota mula memulakan tugas mereka. Aku bangkit daripada lenaku. Aku mengemaskan katil dan membersihkan diri untuk bersiap ke sekolah. Bapaku adalah guru cemerlang yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang saban tahun sudah lama menanti aku untuk sama-sama ke sekolah.
“Abang, cepat sikit. Ayah nak pergi kerja ni!” Kata ayah sambil marah-marah.Aku segera turun ke bawah dan mengambil beberapa keping roti lalu menghirup kopi pekat lantas menaiki kereta. Ayah meluncur laju ke sekolahku.
“Ayah marah padaku agaknya.” Ujarku dalam hati. Aku bersalaman dengan ayah lantas menuju ke kelas. Aku berada di kelas yang sederhana. Aku selesa bergaul dengan rakan sekelas walaupun berlainan kaum. Aku sedang menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan percubaan. Aku perlu belajar dengan tekun untuk berjaya bak kata pepatah yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
“Aku risau akan keputusan yang bakal aku terima. Aku perlu berusaha untuk berjaya bagi membuktikan kemampuanku sebagai anak kepada seorang guru” Kataku di dalam hati. Dua minggu kemudian, peperiksaan tiba. Aku begitu gementar semasa memasuki dewan peperiksaan. Jantungku berdegup seperti dipalu. Suasana dewan yang tersusun dan pegawai pengawas peperiksaan berlegar-legar di sekitar dewan telah menggamit perasaanku. Raut wajah pengawas yang tinggi lampai itu seolah-olah menduga persediaanku untuk menghadapi peperiksaan. Aku berpeluk sejuk. Peperiksaan dimulakan. Hatiku lega setelah ketua pengawas mengumumkan masa menjawab telah tamat. Segala kerisauan telah lenyap. Seminggu kemudian, keputusan peperiksaan ditampal pada papan kenyataan. Jantungku berdegup kencang.
“Aku berharap markah yang bakal aku terima lebih baik daripada ujian yang lepas.” Tergiang-ngiang di benak fikiranku. Hatiku berbaur kecewa. Aku mendapat markah yang begitu teruk.
“Apa yang dapat aku lakukan untuk membaiki prestasi aku yang semakin merudum.” Berlegar-legar di fikiranku.
“Anak guru cemerlang mendapat markah yang lebih rendah daripada anak penoreh getah.” Sindir rakan sekelasku, Amir. Aku berdukacita. Tatkala aku memerlukan sokongan daripada mereka, mereka menghina, mengejek dan mencaci diriku. Aku sering sahaja dicaci sebegini rupa sejak beberapa tahun yang lalu.
“Anak orang buta huruf lebih cemerlang daripada anak guru.” Sindir Azim kepadaku.
“Fakhrul tu anak manja. Duit dah banyak dalam rumah jadi belajar ala kadar sudahlah.” Kata Amira kepada Nani.
“Dia ingat anak guru mesti jadi pandai ke?” Kata Victor kepada Halim. Aku sedih. Beginilah keadaanku setiap kali peperiksaan tamat. Peperiksaan seolah-olah mempi buruk buatku. Kesabaranku telah mencapai tahapnya.
“Aku mesti berhenti sekolah!” Kataku lantang di dalam hati.
“Aku mesti menamatkan segala cacian dan ejekan yang ditujukan kepadaku selam ini. Aku juga mempunyai maruah dan harga diri.” Tekad benakku. Loceng tamat sesi persekolahan berbunyi. Aku berlari menuju ke kereta ayahku dan meluahkan perasaanku. Aku juga menyatakan hasratku.
“Abang ingat abang boleh lari daripada masalah?” Nasihat ayahku. Aku berkeras. Aku tidak sanggup lagi dicaci setiap hari. Ayah meminta aku berfikiran dengan tenang dan fikir akan masa depan. Tetapi aku tetap dengan pendirianku. Ayah akan berjumpa dengan guruku keesokan harinya. Keesokan harinya, seperti biasa aku dan ayah ke sekolah. Pagi yang mendung seolah-olah menduga perasaanku. Aku bimbang akan tindakan ayah nanti. Sejurus kemudian, kami berada di hadapan bilik guru. Kami masuk dan berbincang. Cikgu Ali menasihatiku dan berbincang dengan ayah selama sejam.
“Saya fikir anak awak perlu merehatkan mindanya. Saya menyarankan agar encik membawanya bercuti di sekitar Malaysia.” Saran Cikgu Ali kepada ayahku.
“Saya fikir begitu juga.” Jawab ayahku bersetuju.
“Tapi saya tetap hendak berhenti sekolah tak kira apa akan terjadi.” Kataku lantang kepada mereka. Ayah membawaku ke bilik kaunseling dalam keadaan marah-marah. Aku berbincang dengan Cikgu Hani berdua.
“Kamu perlu fikir akan masa depan kamu. Dunia semakin moden. Apa yang awak nak makan pada masa depan. Berapa besar gaji awak jika hanya berpendidikan hingga tingkatan 3 sahaja.” Kata Cikgu Hani penuh harapan agar aku mengubah pendirian.
“Awak perlu fikir akan impaknya pada masa depan. Bagaimana awak nak menyara keluarga awak dengan gaji yang kecil. Kamu tahu tidak ayah kamu boleh dipenjara kerana tidak menyekolahkan kamu. Walhal kamu yang berkeras untuk berhenti sekolah. Kasihan ayah aku.” Nasihat Cikgu Hani lagi kepadaku.
“Tapi...” Kataku. Aku bangkit dari kerusi dan berlari keluar. Aku tidak mengendahkan Cikgu Hani di situ. Aku berada dalam keadaan dilema. Tiba-tiba datang sebuah motosikal menghampiri dan terus melanggarku. Aku terpelanting ke bahu jalan.
“Aduh... ayah tolong abang!” Kataku penuh simpati. Ayah berlari dan membawaku ke hospital. Darah mengalir laju. Aku menerkup lukaku dengan sapu tangan. Sejurus kemudian, aku dirawat dan diberi 3 jahitan di kepala dan betis. Aku juga disahkan mengalami keretakan tulang. Aku ditahan dalam wad perubatan selama seminggu.
“Apa yang akan jadi padaku. Aku akan menjadi cacat.” Kataku di dalam hati. Aku sangat berasa sedih dan menyesal. Aku menyesal kerana mengambil tindakan sebegitu. Rakan-rakan sekelasku turut menyesal kerasa mengejek aku dan menyebabkan aku mengambil tindakan sebegitu.
“Kamu perlu sedar semua manusia tidak sempurna. Ilmu daripada ibu bapa tidak akan diwarisi, tetapi kita perlu mencari dan meneroka ilmu-ilmu baru.” Kata pengetua kepadaku dan rakan sekelasku. Mulai hari itu, kami saling berusaha meningkatkan prestasi akademik untuk membina masa depan yang cerah.

Gila Belajar




Gila Belajar

Nur Hafeeza binti Mirin


“Faiz!” Kata Cikgu Nordin dengan suara yang lantang. Tiada respon.
“Faiz!!” Jrit Cikgu Nordin lagi. Terkejut mendengar namanya dipanggil. Faiz yang sudah terlentok bingkas berdiri.
“Err… err… ya cikgu. Aa… ada apa-apa yang boleh saya Bantu?” Ujar Faiz tergagap-gagap. Semua mata menyorot ke arah Faiz yang kelihatan bingung. Maklumlah baru terjaga dari tidur. “Datang ke hadapan sekarang dan jelaskan apa yang kamu faham!” Kata guru mata pelajaran kimia itu. Faiz bangun teragak-agak dan berjalan lambat-lambat ke hadapan. Sayup-sayup di kiri dan kanannya kedengaran para pelajar berbisik-bisik dan ketawa perlahan. Hanya Fairoza sahaja yang senyap dan tersenyum manis di tempat duduknya. Yang lain tidak sudah-sudah berbisik.
“Apa yang kau ingat aku tak boleh buat?” Getis hatinya. Faiz berdiri tegak sambil membetulkan tali lehernya yang sudah senget sedikit. Faiz berdehem-dehem, kemudian,
“Asid mempunyai nilai pH di bawah 7. Asid dan alkali boleh dineutralkan dengan menyebatikan kedua-duanya berpandukan isipadu dan kepekatan yang sama. Itu sahaja cikgu.” Tiba-tiba suasana di kelas 4 Sains 1 senyap. Tiada sebarang bunyi kecuali kipas yang berputar. Semua pelajar tergamam. Cikgu Nordin juga begitu. Tiba-tiba semua pelajar bertepuk tangan. Kagum. Serentka dengan itu, loceng pun berbunyi.
“Baiklah. Sampai disini sahaja pelajaran kita. Jumpa lagi esok.” Kata Cikgu Nordin.
”Awak, Faiz! Jangan tidur lagi dalam kelas saya.” Tambahnya. Faiz sekadar tersenyum sinis. Selepas mengucapkan terima kasih, semua pelajar berkemas untuk pulang ke rumah.Tak rugi Faiz membaca dahulu pelajaran yang bakal di ajar oleh guru dan tak rugi Faiz belajar hingga lewat malam. Tak rugi Faiz bancuh kopi supaya tidak mengantuk.Hari peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia Satu. Faiz melangkah ke dalam dewan peperiksaan dengan baik. Faiz telah bersengkang mata malam tadi. Membaca dan menghafal semua tajuk. Faiz hanya mahu yang terbaik.
“Baiklah, pada pelajar akan diberikan kertas soalan, sila semak bilangan muka surat,” Kata cikgu.Faiz membuka kertas soalan satu persatu. Hatinya resah tiba-tiba. Peluh muka merembes keluar. Soalan-soalan Matematik Tambahan di tangannya hampir satu pun seperti tidak pernah dilihatnya. Faiz pelik. Arahan menjawab sudah diberikan. Namun, Faiz seperti hilang segala-galanya dari kotak ingatannya. Mustahil dia jadi begitu sedangkan malam tadi dia telah mengulangkaji hampir semua bab sehingga jam 2.30 pagi. Faiz mula menangis dan akhirnya dia tertidur sehingga tamat peperiksaan.”Faiz!” Kata Cikgu Nordin dengan suara yang lantang.“Ya, cikgu.” Balas Faiz
“Jumpa saya di bilik guru sekarang,” Ujar Cikgu Nordin. Suaranya sudah mula merendah mungkin simpati melihatkan wajah suram Faiz.Faiz melangkah lesu mengikut Cikgu Nordin ke bilik guru. Setelah tiba di bilik guru, Cikgu Nordin mengambil tempatnya dan meminta Faiz untuk duduk.
“Kenapa keputusan ujian percubaan kamu teruk. Bukan sekadar subjek kimia, malah cikgu dapat tahu guru-guru sebjek lain pun mengatakan keputusan kamu teruk.
”Diam tertunduk.”Kertas jawapan kimia kamu hampir tiga suku tidak berjawab.”
”Saya tak pasti cikgu. Apabila saya menjawab soalan-soalan itu, saya rasa kosong.”Cikgu Nordin menarik nafas panjang.”Mata kamu nampak letih. Kamu tak tidur ke?” Faiz menggeleng.”Kamu mengulangkaji pelajaran hingga ke pagi?”Faiz mengangguk.”Faiz.” Ujar Cikgu Nordin sambil memegang bahu Faiz.
”Kamu tahu tak? Kerana kegialaan kamu belajar hingga lewat malamlah kamu tak dapat jawab soalan-soalan peperiksaan itu.”Faiz mengerutkan dahi.
”Otak kamu sudah bekerja terlalu lama. Otak pun perlukan rehat. Ada masanya, kamu terlalu mendesak otak kamu belajar dan akhirnya kamu tak dapat ingat apa-apa pun.”Faiz termenung sejenak. Memikirkan kata-kata cikgu.
”Saya rasa memang silap saya cikgu. Saya terlalu ghairah belajar sehingga lupa makan, minum, dan tidur. Cikgu selepas ini, saya berjanji akan belajar secara bijak.”Cikgu Nordin tersenyum mesra.