Friday, December 5, 2008

Antologi Secangkir Kasih Abang

Secangkir Kasih Abang
Khalida Husna binti Jauri

“Damm!” Pintu bilik dihempas kuat, Izzati berasa tidak puas hati terhadar ibu dan bapanya yang selalu memenangkan abang kembarnya, Izzat dan selalu memujinya. Sememangnya sejak kecil lagi Izzati sering ditengking, dipukul dan dimarahi, sebaliknya abangnya sering disayangi orang lain. Dia baru sahaja dimarahi oleh ibunya kerana lewat pulang ke rumah manakala abangnya hampir-hampir sahaja ditimpa kemalangan ketika mencarinya di luar.
“Padan muka! Yang sibuk-sibuk nak cari aku tu kenapa?” Gerutu hatinya. Izhar.
Seminggu berkenalan dengannya bagaikan sudah kenal setahun. Izzati selesa bersama Izhar. Izhar memahaminya dan sering menunaikan apa-apa sahaja permintaan Izzati. Izhar menyimpan niat untuk memikat Izzati. Izzati merupakan antara pelajar cantik di sekolah mereka, SM Seri Angkasa. Selepas seminggu berkenalan, mereka sering ke Muar bersama-sama. Izzati semakin tertarik dengan Izhar yang pandai mengambil hatinya. Izzati mula mengabaikan pelajarannya. Keputusan ujiannya sering merosot. Encik Huzaimi dan Puan Syakila mulai bimbang. Mereka kerap menegur dan memarahi Izzati namun semuanya bagai mencurah air ke daun keladi. Izzati tidak menghiraukan sedikit pun kata-kata ibu dan bapanya.
“Dik, janganlah adik berkawan dengan Izhar lagi, dik. Abang kenal Izhar tu, dia tu buaya. Pelajaran adik pun dah semakin merosot. Kasihanilah papa dan mama, dik.”
“Ah, yang abang nak menyibuk ni kenapa? Tak payah abang nak jaga tepi kain orang, abang jaga tepi kain abang sendiri sudahlah!” Tempelak Izzati. 7 Mac.
Hari yang dinanti-natikan kini menjelma. Tarikh keramat ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Izzat dan Izzati. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat Izzati. Izzat mendapat tahu daripada temannya, Rosman bahawa Izhar ingin membawa adiknya ke kelab malam.
“Aku dengar daripada budak-budak nakal tu Izhar ada rancangan yang tak baik untuk adik kau. Dia nak perangkap adik kau tu. Baik kau suruh adik kau berjaga-jaga sedikit.” Rosman mengingatkan.
“Ah, abang ni busy bodylah! Abang jangan nak buruk-burukkan Izhar lagi. Adik takkan percaya. Alah, abang tu cemburu sangat sebab adik ada teman malam ni, kan! Abang pula, tak ada siapa yang ajak abang keluar. Abang duduk je lah kat rumah!” Izzati menolak abangnya ke kerusi. Izzat cuba bingkas bangun. Namun, penyakit barah hati yang dihidapinya sejak dua tahun lepas menyerang lagi. Izzat gagal bagkit dari kerusi untuk menolak adiknya. Nafasnya tersekat di kerongkong. Suaranya tenggelam dalam kepekatan malam.
“Adik... Ya Allah, selamatkan adikku...” Izhar menunggunya dengan senyuman yang lebar. Izzati gembira kerana Izhar menemaninya malam ini. Hilang segala memorinya tentang sikap abangnya tadi. Izhar mengajaknya berjoget dan menari. Sesungguhnya, Izzati lupa akan hukum haram dan halal dalam Islam. Dia tanpa segan-silu menggayakan pakaian yang seksi dan menari di khalayak ramai. Izzati semakin terbuai dengan alunan muzik yang dimainkan. Izhar pula tetap meneruskan rancangannya. Tanpa Izzati sedar, Izhar telah memasukkan sebiji pil khayal ke dalam minuman Izzati. Izhar tersenyum puas. Setelah puas berjoget, Izzati kembali ke tempat duduknya di mana Izhar sedang menunggu. Izzati lekas mecapai segelas Pepsi lalu meneguknya. Kemudian, dia dan Izhar berbual-bual sambil menghabiskan muniman mereka. Mata Izzati berpinar-pinar. Dia merasakan dunia sedang berputar. Izzati bagaikan mahu pengsan. Dia memegang bahu Izhar meminta pertolongan.
“Izzati, are you ok?” Hanya itu yang mampu dia dengan sebelum dia tidak sedarkan diri. Izhar tersengih bangga kerana rancangannya berjaya. Dia membawa Izzati keluar dari kelab itu. Izhar membawa Izzati membonceng motosikalnya menuju ke sebuah banglo kosong di pinggir bandar. Banglo itu sudah lama ditinggalkan orang. Banglo itu merupakan lokasi Izhar membaham mangsanya. Kali ini, Izzati pula menjadi mangsanya yang seterunya.Izzati tersedar. Dalam kegelapan dan bunyi guruh berdentum, dia dapat melihat wajah Izhar yang oenuh bernafsu binatang yang ingin meratah tubuhnya. Izzati meronta-ronta melepaskan diri namun Izhar lebih kuat daripadanya. Izhar telah dikuasai nafsu syaitan yang mungkin akan merosakkan masa depan Izzati.
“Ya Allah, tolonglah aku... Aku bertaubat kepada-Mu...” Rintihnya.Dap! Tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakang mereka dan memukul badan Izhar dengan sebatang kayu. Mereka akhirnya bertumbuk. Izzati bersyukur kerana Allah masih sayangkannya. Izzati akhrinya tidak sedarkan diri kesan daripada pil tersebut ketika mereka masih bertumbuk.Ketika Izzati membuka kelopak matanya, dia sedar yang dia kini sudah berada di dalam biliknya. Insiden malam tadi bukan igauan kerana dia masih memakai pakaian yang sama. Mujurlah dia terselamat daripada nafsu binatang Izhar. Namun, yang sering bermain di benaknya ialah bagaimana dia boleh berada di rumah. Siapakah lelaki yang telah menyelamatkannya malam tadi? Dia bingung.
“Adik, abang dimasukkan ke hospital. Abang telah dicederakan oleh seseorang. Adik lawat abang di wad 3K ya. Papa dan mama terpaksa menjaga abang di wad.” Izzati mendapat mesej daripada ibunya.
“Alah, suka menyusahkan orang! Asyik tau bertumbuk je! Tu bergaduh dengan budak samseng lagi lah tu!” Gerutu hatinya.Sudah berapa hari berlalu. Sejak insiden lepas, Izzati bagaikan hilang arah tuju. Dia masih mencari-cari lelaki yang menyelamatkannya pada malam itu. Hidunya sunyi. Sejak malam itu, Izhar asyik melarikan diri daripadanya. Izzati perlukan penjelasan. Dia tiada tempat untuk mengadu. Ibu dan bapanya jarang berada di rumah kerana menjaga abangnya di hospital. Sudah berkalipkali papa dan mamanya mengajaknya melawat Izzat namun Izzati enggan. Kepalanya batu. Dia tidak ingin sekalipun melawat abangnya kerana dia benci. Fikirnya abangnya amat menyusahkan.
Suatu hari yang dingin, Adillah, teman Izzati menemuinya. Adillah merupakan sahabat karibnya sebelum Izzati rapat dengan Izhar. Adillah menceritakan kisah yang sebenarnya yang telah berlaku pada malam itu melalui apa yang didengarnya daripada Rosman. Rosman memberitahu Adillah tentang penyakit barah hati yang dihidapi oleh Izzat sejak dua tahun lepas. Izzat merahsiakannya daripada pengetahuan Izzati kerana dia tidak mahu Izzati bersedih. Izzat mahu Izzati sentiasa ceria dan meneruskan pelajarannya. Malangnya, sejak beberapa minggu lepas, penyakit Izzat semakin buruk. Izzatlah yang telah menyelamatkan Izzati pada malam tersebut. Kecederaan yang Izzat alami akibat bertumbuk dengan Izhar pada hari itu memburukkan lagi keadaannya. Izzat telah cedera parah setelah dicederakan oleh Izhar pada malam itu. Dia ditemui pengsan dalam keadaan berlumuran darah oleh orang kampung. Izhar pula telah ditahan oleh polis selang beberapa hari selepas kejadian itu.
“Prang!”Gelas yang dipegang oleh Izzati jatuh pecah berderai. Sungguh dia tidak menyangka betapa besarnya pengorbanan abangnya terhadapnya.Secara spontan Izzati berlari ke hospital mencari wad yang menempatkan abangnya. Sepanjang masa air matanya tidak berhenti-henti mengalir.Setibanya di wad 3K, Izzati ternampak kelibat ibunya sedang menangis di sisi katil abangnya. Hatinya remuk-redam apabila terlihat abangnya terbaring kelesuan di atas katil. Izzati mengumpul segala kekuatan untuk mendekati abangnya.Tiba-tiba, air matanya menitis ke wajah abangnya. Cepat-cepat Izzati menyeka air matanya. Izzati menangis tersedu-sedan di sini abangnya sambil meminta maaf berulang-ulang kali. Sayangnya, tiada respon daripada abangnya. Ibu dan bapanya hanya mampu melihat kerana sudah lama Izzat tidak sedarkan diri. Izzat sedang menderita bertarung dengan maut. Ibu dan bapanya hanya mampu berdoa keada Allah kerana doktor mengatakan bahawa dia suda tiada harapan lagi untuk hidup.Tanpa jemu Izzati meminta maaf berulang-ulang kali. Namun, segalanya sudah terlambat. Mungkin abangnya sudah lama memaafkannya. Tiba-tiba, mesin di sebelah katil Izzat berbunyi.
“Tit... tit... tit......” Bunyi itu menandakan nadi Izzat sudah berhenti berdenyut. Izzati meraung kesedihan.“Abang!!!”











No comments: