Friday, December 5, 2008

Kasih Ibu



Kasih Ibu

Solehah Razali


Suasana pada malam itu sangat menarik bagi Shamila. Bulan terang penuh memancarkan cahaya yang sungguh cantik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memberikan kesenangan kepada Shamila. Ketika ini, Shamila berada di sebuah taman rekreasi bersama-sama dengan rakan-rakannya untuk menyambut kejayaan kawannya yang bakal berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Shamila merupakan anak tunggal Puan Salimi dan Encik Radzi. Sebelum kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya, Shamila berada dalam keadaan yang baik, dan hidup senang. Dia dilimpahkan dengan pelbagai kemeduhan dan permintaannya sering dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebelum meninggal dunia, bapanya telah berhutang dengan bank. Segala harta yang melimpah ruah itu telah hilang akibat membayar hutang-piutang bapanya. Shamila yang dulu seorang yang baik, lemah-lembut dan penyayang bertukar menjadi seorang yang kasar. Jika sebelum ini dia pulang awal ke rumah, dia sekarang sudah berani pulang lewat dan selalu meminta duit daripada ibunya yang hanya menjual kuih untuk mendapatkan wang persekolahan untuk Shamila.

“Mak! Mila nak duit. Mila nak guna untuk beli buku. Buku tu cikgu nak guna minggu ni.” Kata Mila kepada ibunya.


“Mak tak ada duit lah Mila. Mak Ngah Nora belum bayar duit kuih mak lagi. Sabarlah dulu sayang.” Jelas ibunya sambil memandang ke arah Mila yang sedang berbaring di atas katil.


“Mak tipu! Mila ada nampak Cik Jenab bagi duit kat mak pagi tadi. Dia bagi mak seratus kan? Mak janganlah nak tipu Mila, mak. Mila dah besar!” Jerit Mila kepada ibunya apabila permintaannya tidak dipenuhi. Selepas berlaku pertengkaran kecil tersebut antara Mila dan ibunya, Mila terus sahaja keluar dari rumah. Dia keluar dan terus berjumpa dengan kekasihnya yang bekerja si stesen mengepam minyak. Mereka bertemu di sana. Mila mengadu kepada kekasihnya, Amir perihal ibunya yang tidak memberinya duit.


“Amir, Mak Mila tak bagi duit yang Mila mintak tu. Mila dah pujuk dah dia, tapi dia tak bagi juga.”

“Mila minta macam mana dengan mak Mila tu? Mila cakap ke yang Amir nak guna duit tu?”

“Tak lah. Mila tak cakap macam tu pun kat mak Mila. Mila cakap kat mak yang Mila nak guna duit tu untuk beli buku. Tapi dia tak bagi jugak.”

“Alah, macam mana nak beli ‘benda’ tu kalau tak ada duit. Tak pelah Mila, besok Mila kena cari jalan jugak utnuk dapatkan duit tu untuk tunjukkan kasaih sayang Mila kt Amir.”

“yelah, Mir. Nanti Mila buatkan something untuk Amir.” Ujar Mila sambil tersenyum kerana Amir tidak marah kepadanya. Selepas kejadian itu, Mila sering menghendap ibunya untuk mengetahui di mana duit ibunya disimpan. Setela hmengetahui tampat tersebut, dia tersenyum girang dan segera keluar untuk berjumpa dengan Amir dan memberitahu tentang penemuan tersebut.


Pada petang itu, Mila pulang ke rumah untuk mengambil duit ibunya. Ketika dia masuk ke dalam bilik ibunya, ibunya sedang bersolat Asar. Setelah memastikan tiada halangan, Mila segera ke laci di mana duit ibunya disimpan. Mila berasa sungguh teruja dan segera mengambil duit tersebut. Ibunya yang baru sahaja selesai melakukan solat, segera menoleh ke arah tempat simpanan duitnya kerana berasa tidak sedap hati. Apabila dia menoleh ke belakang, dia terpandang anaknya yang sedang memegang duitnya.

“Mila nak buat apa dengan duit tu?”

“Mila, Mila...” Ujar Mila kerana terkejut.

“Mila tau tak yang...” “Ah! Bisinglah mak ni. Mila ni dah besar. Mak tak payah risaukan Mila lagi!” Ujar Mila pantas memotong percakapan ibunya. Sejurus selepas itu, Mila terus menolak ibunya ke lantai dan terus berlari keluar daripada rumah untuk berjumpa dengan Amir. Mereka bergembira dengan duit tersebut. Tanpa Mila sedar, Amir telah memasukkan dadah ke dalam minuman Mila. Setelah Mila pengsan, Amir telah merogol Mila dan terus melarikan diri bersama-sama dengan duit tersebut. Mila tidak sedarkan diri sehingga keesokan harinya. Setelah terjaga daripada pengsan, Mila dapati dirinya dalam keadaan yang memalukan tanpa seurat benang pun. Mila lantas memakai bajunya yang bertaburan dan segera pulang ke rumah untuk memnita maaf dengan ibunya. Mila berasa sungguh menyesal dengan tindakan Amir yang merogolnya dan melarikan dutinya. Mila segera mencari ibunya apabila sampai di rumah. Ila mencari di merata-rata tempat. Selang beberapa minit, Mak Ngah Nora datang ke rumahnya untuk mencarinya.


“Syukur kau dah balik Mila. Mak kau ada kat hospital sekarang.

“Hah! Kenapa mak ada kat hospital Mak Ngah?” Ujar Mila cemas.

“Mak kau kena langgar dengan kereta waktu nak pergi rumah Mak Ngah. Mak Ngah harap kau sabar dengan dugaan ini.” Kata Mak Ngah

Ibu Mila berasa kecewa dengan sikap Mila lantas berhajat untuk ke rumah Mak Ngah Nora untuk mengadu nasibnya. Semasa melintas jalan, dia telah dilanggar oleh kereta berwarna merah. Dia pantas dikejarkan ke hospital oleh orang kampung yang kebetulan lalu di situ. Mak Mila menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital tanpa sempat mendengar ucapan maaf daripada anak kesayangannya akibat kehilangan darah yang banyak. Semasa sampai di hospital, Mila segera ke wad kecemasan untuk meminta maaf dengan ibunya. Sebaik sahaja dia sampai, Pak Abu menasihati Mila supaya bersabar menerima dugaan hidup ini dengan tabah. Mila yang tidak mengerti tarus masuk ke bilik tersebut dan mendapati ibunya sudah meniggal dunia.


“Mak! Ampunkan Mila mak. Mila bersalah pada mak. Bangunlah mak!!” Jerit Mila Mak Ngah Nora segera menenangkannya dan memujuknya supaya bersabar. Selepas majlis pengebumian ibunya, Mila terus menjadi seorang yang pemuram. Mila tinggal bersama dengan Mak Ngah Nora selepas kematian ibunya dan memulakan kehidupan yang baru. Amir telah ditangkap polis atas kesalahan merogol dan mencuri. Aduan Mak Ngah Nora kepada polis telah menyebabkan Amir ditangkap. Selepas kejadian tersebut, Mila telah berubah menjadi orang yang baik.







No comments: